Jangan Rampas Kasih Anak Terhadap Pengasuh. Sebaliknya, Ubah Diri Sendiri!

128

Kecewanya bila anak tak peduli kehadiran kita sekembali dari kerja. Rasa nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa pula!

Bila terjadi hal begini, ramai ibu-ibu  menyalahkan diri sendiri. Tak perlu bimbang, anda masih ada masa untuk terus perbaiki diri. Boleh juga cuba tip di bawah sebelum terlambat.

Tip ringkas dan spontan, aktiviti di tempat tidur

  • Mulakan dengan bacaan sebelum tidur. Perdengarkan kisah-kisah para Nabi, kisah dongeng atau kisah tauladan. Anda perlu mula menghafal cerita-cerita menarik untuk kanak-kanak.
  • Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan. Ajak mereka berguling di lantai atau berbarig menghadap siling rumah, seolah-olah anda berdua sedang memerhatikan bulan dan bintang. Bawa mereka dalam khayalan sambil mengambil kesempatan untuk bermesra melalui pelukan dan ciuman.
  • Putarkan muzik yang sering mereka dengar atau yang disukai. Ajak mereka memejamkan mata sambil berbual mengenai aktiviti hari ini. Biarkan mereka bercerita dan sekiranya perlu, pujilah mereka. Jangan sampai anda pula tertidur dahulu!
  • Lupakan urusan pekerjaan

Anda sudah banyak meluangkan masa di pejabat. Di rumah, inilah masanya untuk anda luangkan bersama keluarga terutamanya si kecil. Ketepikan telefon bimbit dan komputer riba agar anda tidak berasa terganggu dengan kerja.

  • Cipta aktiviti rutin

Luangkan sedikit masa pada waktu pagi bersamanya. Sebelum ke tempat kerja, mandikan si kecil dan ajak si kecil memilih baju yang ingin dipakainya. Siapkan sarapan pagi yang paling digemarinya. Sukar untuk menjadikan aktiviti pagi sebagai rutin harian tetapi anda perlu berusaha demi kebahagiaan si kecil dan anda.

  • Belajar dari pengasuh

Jangan ego untuk belajar dari pengasuh. Ambil seberapa banyak maklumat dari mereka mengenai apa yang disukai dan yang tidak disukai. Fahami keletah si kecil dengan baik agar anda juga boleh mengikat tali kasih sayang bersamanya.

·       Tingkatkan bonding

Teruskan usaha untuk mendekatkan diri anda dengan si kecil. Beri perhatian yang berkualiti kepada mereka dengan tutur kata yang lembut, belaian pada rambut mahupun tatapan mata yang membuat si kecil merasa dekat dan disayangi.

  • Hadkan masa bersama pengasuh

Pada waktu cuti, luangkan masa sepenuhnya bersama anak. Tidak perlu membiarkan pengasuh mengambil alih tugas anda. Jika boleh, jangan melibatkan langsung pengasuh dalam hal di antara anda dan si kecil.

  • Jelaskan aturan kepada pengasuh

Pengasuh bukan musuh anda tetapi mereka adalah support sistem yang mendukung peranan anda sebagai wanita berkerjaya dan sebagai ibu. Jika anda ingin menerapkan pola asuh yang tepat mengikut anda, beritahu pengasuh dari awal.

  • Jalin komunikasi dengan anak

Walaupun sibuk bekerja, sedikit waktu yang diambil untuk menghubungi anak amat bermakna buat mereka. Cuba hubungi mereka dua atau tiga kali sehari. Bertanya khabar, aktiviti mereka dan sebagainya. Dengan cara ini, mereka tahu bahawa mereka sentiasa diperhatikan.

 

 

Jangan Lupa Komen