IKLAN

Pernah tak anda mnegalami rasa kebas yang teramat sangat pada malam hari sehingga membuatkan anda terjaga dari tidur? Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar mengenai sindrom Carpal Tunner atau Carpal Tunnel Syndrome (CTS). Jangan pandang remeh hal ini kerana anda mungkin perlukan bantuan pakar!

Sindrom CARPAL TUNNEL, Awasi Tanda-Tanda Jari Rasa Semut-Semut & SUKAR MENGGENGGAM

CTS adalah keadaan di mana jari tangan anda mengalami rasa nyeri, sensasi kesemutan atau kebas. Biasanya, ia menyerang jari telunjuk dan jari tengah serta akan merebak secara perlahan dan bertambah parah pada waktu malam.

 

Gejala CTS yang anda perlu tahu:

  • Ibu jari melemah sehingga mudah terlepas barang yang dipegang
  • Terasa sakit seperti tertusuk
  • Muncul rasa sakit yang menjalar ke tangan atau lengan. Biasanya ia dirasai pada sebelah atau kedua-dua tangan. Tetapi dalam kebanyakkan kes, ia akan terjadi kepada kedua-dua tangan.

Sindrom CARPAL TUNNEL, Awasi Tanda-Tanda Jari Rasa Semut-Semut & SUKAR MENGGENGGAM

IKLAN

 

Penyebab CTS:

IKLAN
  • Mengalami kecederaan pada pergelangan tangan
  • Faktor keturunan keluarga yang menderita CTS
  • Kehamilan. Biasanya CTS pada wanita hamil akan hilang selepas melahirkan anak.
  • Sering melakukan kerja-kerja berat atau melakukan kerja secara berulang-ulang seperti menaip, menulis atau menjahit
  • Mempunyai masalah kesihatan lain seperti rheumatoid arthritis dan diabetis

 

Sindrom CARPAL TUNNEL, Awasi Tanda-Tanda Jari Rasa Semut-Semut & SUKAR MENGGENGGAM

 

Langkah pencegahan berlakunya CTS

  1. Elakkan dari membengkok pergelangan tangan secara berulang-ulang. Sekiranya anda sering menaip di komputer, posisikan tangan anda sama tinggi dengan siku atau sedikit rendah. Asalkan tangan diletakkan secara santai.
  2. Jika anda bekerja atau melakukan aktiviti yang memnafaatkan pergelangan tangan, pastikan anda mengambil sedikit masa untuk merehatkan tangan untuk mengelakkan tekanan.
  3. Ambil masa untuk membuat senaman tangan sebelum, semasa dan selepas menggunakan tangan secara berat.
  4. Pastikan anda tidur dengan posisi tangan lurus.
  5. Jika anda bekerja di bawah lingkungan penghawa dingin, gunakan sarung tangan agar tangan tidak berasa terlalu sejuk. Suhu sejuk boleh membuatkan rasa sakit pada sendi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI