Menyenangi aktiviti lasak, YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati sebenarnya pernah melakukan lompatan bungee beberapa kali. Bayangkan kali ini, beliau berjaya melakukan base jump dari puncak Menara Kuala Lumpur.

Jika dilihat pada video yang dikongsi oleh Che Puan, pastinya golongan akrofobia atau mereka yang fobia ketinggian akan kecut perut dan menutup mata tidak mahu menyaksikan aktiviti sebegini.

IKLAN

Ia hanya diseru untuk mereka yang punya semangat tinggi dan berani mencuba melakukan aktiviti base jump ini.

“Jangan fikir banyak kali untuk melompat. Jika ada keinginan yang tinggi untuk mencuba dan memiliki kekuatan semangat, terus buat.

Mereka minta saya untuk datang melihat aktiviti base jump yang diadakan julung-julung kalinya di Malaysia dan ketika berada di sana, ada yang menawarkan saya untuk mencuba.

Saya minta izin suami dan diberi keizinan, maka saya bersama anak YM Sharifah Ariel Budriah Jamalullail terus setuju melakukan base jump ini.” Che Puan Farina

“Jump, Jangan Fikir Panjang Walaupun Seperti Jantung Tertinggal Di IJN!” YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati

Sebelum terjun dari puncak menara, Che Puan yang merupakan isteri kepada YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail terlebih dahulu diberitahu.

“Terjunan ini memang menakutkan tetapi tugas kamu adalah merasai keseronokan dan keindahan yang bakal dinikmati. Tak usah khuatir kerana instruktor, Matthew LaJeunesse merupakan antara 46 penerjun base jump terbaik dunia yang akan memastikan semuanya selamat.

Masa yang diambil sangat singkat. Hanya kurang 2 minit sebelum payung terjun atau parachute perlu dibuka sebaik kita terjun dari Menara KL.

“Jump, Jangan Fikir Panjang Walaupun Seperti Jantung Tertinggal Di IJN!” YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati

IKLAN

“Jump, Jangan Fikir Panjang Walaupun Seperti Jantung Tertinggal Di IJN!” YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati

“Jump, Jangan Fikir Panjang Walaupun Seperti Jantung Tertinggal Di IJN!” YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati

Kalau nak cerita saat terjunan itu dilakukan, sepertinya jantung tertinggal di atas. Seperti kata sahabat saya, jantung tinggal di IJN!

Kalau buat bungee jump, kita masih ada masa untuk teragak-agak, nak buat atau tidak. Tetapi aktiviti ini, jika saya tidak terjun, instruktor di sisi akan tolak untuk terjun bersamanya, tiada pilihan.

Alhamdulillah, semuanya baik dan selamat. Anak saya yang berusia 12 tahun juga sangat gembira dan beliau merupakan base jumper termuda di Malaysia.” Che Puan Farina

IKLAN

“Jump, Jangan Fikir Panjang Walaupun Seperti Jantung Tertinggal Di IJN!” YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati

“Jump, Jangan Fikir Panjang Walaupun Seperti Jantung Tertinggal Di IJN!” YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati

“Jump, Jangan Fikir Panjang Walaupun Seperti Jantung Tertinggal Di IJN!” YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati

Mengakhiri perbualan, Che Puan Farina berkongsi video pengalamannya membuat terjunan. Sangat menyeronokkan, pasti ramai yang ingin mencuba sukan ini seperti beliau sendiri yang gemarkan aktiviti lasak sejak muda lagi. Keinginannya selepas ini adalah melakukan sky diving!

“Aktiviti ini juga adalah cara saya melepaskan tekanan. Perasaan ketika membuat terjunan sukar untuk diungkapkan terutama melihat pemandangan di bawah. Walaupun pada awal beberapa saat saya menutup mata sebab takut.

Tetapi bila membukanya, tidak dapat digambarkan kebahagiaan itu. Saya tersenyum dan gembira berterbangan melihat pemandangan Kuala Lumpur yang cukup mempesona. Puas rasanya.

Walaubagaimanapun, tipulah kalau tidak ada perasaan takut atau gementar kala berada pada ketinggian beribu kaki. Memang akan terasa juga rasa kecut perut itu, tetapi bila sudah minat dan semangat kuat, apa pun kita sanggup buat!

Tetapi kalau disuruh saya berdiri di glass tour Kuala Lumpur itu, saya tidak berani. Perasaan gerun dan gayat melihat bawah, saya jadi takut. Bila buat base jump, saya boleh terjun tanpa berfikir panjang dan saya berjaya lakukan.” Che Puan Farina

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI