
Pelakon jelita Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia kerana mengikut suami. kelihatan tenang dan bahagia menjalani kehidupannya sebagai isteri dan ibu.
Selain gemar berkongsi rutin hariannya di media sosial, ibu kepada dua cahaya mata comel ini sering berkongsi kata-kata positif serta semangat buat para wanita khususnya yang bergelar ibu.
Menurut Raja Ilya, kehidupan yang sederhana tetap memberikan ketenangan dan kegembiraan walaupun berdepan pelbagai cabaran.
“Kadang-kadang happiness tu datang dari benda yang paling simple. A cup of kopi panas in the morning, budak-budak ketawa kuat-kuat, or even just 5 minutes duduk diam tanpa gangguan.”
Baginya, kehidupan tidak selalunya lancar dan indah tetapi apabila kita bersyukur dengan setiap perkara biarpun kecil tetap memberi impak yang baik serta lebih bersemangat.
BACA JUGA: Jodoh Dengan Usahawan Kacak Australia, Raja Ilya Bahagia 6 Tahun Jadi Isteri & Ada 2 Anak Comel!
“Life tak selalu smooth, ada hari kita penat, frustrated, rasa macam nothing goes right. But facts show,people who practice gratitude for little things are actually more content and emotionally stronger.”
Raja Ilya yang baru genap usianya yang ke-40 tahun Julai lalu, turut mendidik anak sulungnya Talita Love yang digelar ‘Kak Long’ tentang tanggungjawab dan sikap bantu membantu sesama ahli keluarga terutama di rumah.
Dia turut berharap agar anak-anaknya yang berdarah kacukan itu tidak lupa asal usul dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Tamil dan Mandarin suatu hari nanti.
Justeru, Raja Ilya atau nama penuhnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menitipkan pesanan buat para pengikut dan peminatnya agar bersyukur dan menikmati kehidupan biarpun sederhana.
“So let’s remind ourselves, simple life is also beautiful. Kita boleh choose to find joy dalam benda kecik, sebab at the end of the day, we’re awesome mamas raising tiny humans with big hearts.”
Untuk info, usia perkahwinan Raja Ilya dan suami, Trent Garret mencecah tujuh tahun. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Talita Love, 3, dan Royal Abraham, 1.
Semoga keluarga kecil ini kekal bahagia dan gembira menikmati kehidupan yang sederhana di bumi Australia.
This website uses cookies.