Kaki Umpama ‘Jantung’ Kedua, Ini Sebabnya Kasut Medifeet Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan

Setiap langkah adalah pilihan. Begitu juga kasut yang dikenakan, mahu melangkah dengan kasut selesa tapi nampak ketinggalan atau kasut trendy tapi menyeksakan?

Revolusi kasut kesihatan Medifeet menggabungkan ciri-ciri rekaan moden dan teknologi sokongan mantap untuk penjagaan kaki.

Ketika Nona berkunjung ke butik Medifeet, seakan ‘sesak dada’ melihat pilihan yang terbentang. Rambang mata dibuatnya! Cantik-cantik dan reka bentuknya menepati cita rasa.

Sempat juga kami mencuba beberapa kasut yang berkenan di hati. Ternyata ia memberi pengalaman berbeza kerana selain berteknologi tinggi, kasut Medifeet juga membaluti kaki secara lembut dan selesa.

Kasut Medifeet terdapat dalam pelbagai pilihan merangkumi kasut dalam rumah, sandal, kasut kasual untuk bersantai, kasut formal untuk ke pejabat, kasut sukan dan kasut untuk kanak-kanak.

Terdapat juga pilihan kasut untuk pesakit diabetes bagi melindungi kulit daripada geseran atau luka, serta perkhidmatan custom-made yang sesuai untuk penghidap Leg Length Discrepancy (LLD).

Selain itu, pemakaian kasut kesihatan yang betul turut membantu mencegah masalah arthtritis, bunion, sakit belakang, sendi atau tumit serta meredakan keletihan.

Menurut konsultan Medifeet iaitu Samantha, kesilapan memilih kasut boleh menyebabkan sakit kaki yang berpanjangan. Ini kerana kaki berada di bawah tekanan dan boleh mendorong kesakitan di bahagian sendi, tendon dan otot kita.

Direka oleh pakar kaki atau Podiatrist, Physiotherapist dan Pedorthist terbaik dunia, semua kasut Medifeet telah direka mengikut bentuk anatomi kaki untuk membantu menyeimbangkan berat badan secara menyeluruh bagi melancarkan pergerakan langkah kita.

 

REVIEW MEDIFEET

Memahami bahawa kaki kita ibarat ‘jantung’ kedua, maka berikanlah perhatian dan penjagaan terhadapnya dengan memakai kasut yang betul. Tonton lebih banyak review Medifeet di Majalah Nona ini.

 

 

 

 

 

 

Semak lebih banyak pilihan kasut-kasut kesihatan yang hebat ini di www.medi-feet.com.

IKLAN
Share