Merupakan menantu kepada penyanyi tersohor negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan jutawan terkenal Malaysia Dato’ Sri Khalid, pelakon Izara Aishah sememangnya mendapat perhatian orang ramai selain bakatnya dalam bidang lakonan yang memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada November tahun lalu, Izara masih lagi dilihat aktif menguruskan perniagaan kosmetik miliknya selain sibuk shooting untuk drama terbaru.

IKLAN

 

Terbaru, untuk mendekatkan dirinya bersama peminat yang selama ini memberi sokongan dan semangat untuk beliau terus bertahan dalam industri hiburan ini, Izara ada membuat satu sesi soal jawab khas bersama peminatnya di laman Twitter dan membalas setiap persoalan yang diajukan oleh netizen satu persatu.

Izara turut berkongsi rahsia penjagaan kulit dan juga perkembangan terkini beliau dalam bidang lakonan yang sedang melakukan penggambaran untuk drama bersiri 100 episod dan bakal ditayangkan di Astro.

Walau bagaimanapun, timbul pula satu isu di mana ada netizen yang mempersoalkan bentuk punggung Izara yang dikatakan pernah melakukan suntikan untuk besarkan punggung! Namun, Izara menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan foto yang menunjukkan bentuk punggungnya itu telah disunting dan nampak begitu lucah.

“Berkenaan punggung saya. Maaf kalau tak suka. Saya pergi ke gym selama 3 tahun dan fokus satu part sahaja iaitu punggung saya. Tak sentuh perut, tangan dan lain-lain. Saya pernah gemuk dan bila berisi senang nak buat part punggung.”

 

IKLAN

” Foto ini dorang edit bagi mengarut dan nampak begitu lucah. Itu bukan punggung saya yang sebenarnya kerana ia terlalu besar. Kalau besar macam tu pun saya tak akan suka ee…”, jelas Izara.

 

IKLAN

Bagi mengelakkan salah faham yang berterusan antara netizen, Izara turut memuat naik gambar asal pungunggnya itu.

 

Diharapkan, dengan penjelasan Izara ni dapat lah netizen di luar sana cakap yang punggung Izara ni besar disebabkan suntikan. Tak baik tuduh orang yang bukan-bukan. Kalau tak betul kan dah jatuh fitnah. Kalau nak ada body yang hot macam Izara ni, pergilah bersenam dan jangan sibuk duduk membawang je ya. Nak cantik kena ada effort sikit.

 

sumber: Twitter