Melawan virus jangkitan Covid-19 adalah sesuatu yang sedang dilakukan secara meluas di seluruh dunia. Wabak pandemik ini kini bagai musuh tanpa mata yang menyerang manusia tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan usia. Namun, usah juga dilupa pada kadar kesihatan lain yang patut diambilkira.

Menurut Dr Aniza bt Ali Shibramulisi dari Pusat Rawatan AMC, Bukit Sentosa, Rawang, kanser peritoneal jarang berlaku namun sangat mudah tersebar. Informasi yang dikongsi ini perlu diteliti agar mudah dirawat.

IKLAN

Awas, Wanita Mudah Terdedah Pada KANSER PERITONEAL!

Peritoneum adalah lembaran nipis seperti karung atau membrane yang melapisi rongga abdomen bagi menutup permukaan serta melindungi organ di dalamnya seperti usus dan pundi kencing termasuk juga rahim, ovari dan salur Fallopian bagi wanita.

Terdapat 2 lapisan peritoneum iaitu :

  1. Lapisan parietal = lapisan di dinding
  2. Lapisan visceral = pelindung organ

Ruang antara kedua lapisan dinamakan rongga peritoneum.

Di dalamnya terdapat laluan jalur mesenteri saluran darah, limfa dan saraf.

Awas, Wanita Mudah Terdedah Pada KANSER PERITONEAL!

Peritoneum terbentuk oleh sel epithelium di mana ia merembeskan cecair serosa bagi melincir pergerakan organ yang “dipegang”.

Fungsi peritoneum adalah supaya susunan organ yang kompleks terapung di rongga abdomen menjadi kemas dan tidak teralih kedudukan masing-masing.

IKLAN

Awas, Wanita Mudah Terdedah Pada KANSER PERITONEAL!   Kanser peritoneal jarang berlaku, dan boleh timbul dari mana-mana titik malah berpotensi tersebar dengan meluas ke seluruh kawasan abdomen seperti:

1.Kanser primer = tumbuh dari sel karung peritoneal sendiri manakala

2.Kanser metastases = pula adalah kanser dari organ lain yang tersebar ganas keluar ke rongga abdomen melalui jaringan peritoneum.

Punca kanser peritoneal tidak diketahui. Wanita lebih berisiko menghidapi kanser peritoneal berbanding lelaki. Usia meningkat dan mutasi genetik BRCA1 & BRCA 2 adalah antara faktor kanser.

Terdapat beberapa teori mengatakan ia berasal dari tisu ovari kerana persamaan di mana permukaan ovari juga terbentuk dari sel epithelium, jadi kanser peritoneal bersifat hampir sama seperti kanser ovari meskipun ovari pesakit telah dibuang.

IKLAN

Seperti kanser ovari, kanser peritoneal sukar dikesan kerana tiada tanda di peringkat awal.

Pesakit akan mengalami:

  1. Sakit di abdomen
  2. Kerap kencing
  3. Pendarahan haid tak normal atau
  4. Perut buncit (ascites), tapi berat badan menurun
  5. Anemia (kurang darah merah)

Sesiapa yang mengalami simptom sebegitu disyorkan segera ke hospital untuk jalani ujian Ultrasound atau CT scan, dan sejenis ujian darah ( Ca 125) ataupun ujian genetic BRCA jika ada sejarah keluarga bagi mengesan kanser.

Rawatan awal adalah kombinasi pembedahan di mana pakar akan membuang peritoneum terlibat, rahim, ovari dan salur Fallopian sekaligus, ubat kemoterapi dan radioterapi.

Namun begitu, kanser peritoneal mudah tersebar dan prognosis kadar survival lima tahun pesakit kanser peritoneal kurang dari 30%. Kanser yang lewat dikesan, biasanya sudah memasuki peringkat 4 bermakna merebak ke organ lain seperti ke hati dan paru-paru.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI