
Sudah 30 tahun pasangan pemuzik terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed bergelar suami isteri.
Sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-30, Melly Goeslaw dan suami Kembali mengenang detik keramat mereka itu dengan satu majlis istimewa.
Detik nostalgia itu berlangsung di Bandung baru-baru ini.
Melly Goeslaw dan suami muncul sebagai pengantin Sunda dengan berpakaian tradisional sekaligus mengimbau kembali detik bersejarah 30 tahun lalu.
Walaupun sudah mencecah tiga dekad usia perkahwinan , kedua-duanya masih kelihatan mesra seperti pengantin baru.
Melly Goeslaw mengenakan kebaya pengantin penuh labuci rekaan Adi Rustana yang dipadankan dengan kain batik.
Melly tampil manis lengkap dengan tudung yang dihiasi dengan siger Sunda dan sunduk mentul. Kalungan bunga melati menghiasi sanggul pengantin Melly.
BACA JUGA: Ikon Fesyen Sepanjang Zaman MELLY GOESLAW Kekal ‘Stunning’ Walau Usia Cecah 51 Tahun
Wajah Melly Goeslaw dilitupi dengan solekan glam berwarna latte tanpa cela.
Anto Hoed kelihatan segak dengan busana pengantin satin dan kain sarimbit.
Bagi melengkapkan penampilan, Anto Hoed memakai topi pengantin dan rantai leher melati.
Bagi pencinta kebaya, boleh ‘cuci mata’ di SINI
This website uses cookies.