Kerap Sakit Kepala & Letih Melampau, Semak 5 Cara Mudah Reset Tubuh Akibat Stres Kronik

Tiba-tiba kerap sakit kepala dan letih melampau, ayuh semak 5 cara mudah reset tubuh akibat stress kronik ini.

Tekanan semakin meningkat, burnout pula kian terasa. Namun tanpa disedari, stres secara senyap melemahkan kesihatan anda dari dalam.

Tidur lewat, kerja tanpa henti. Mungkin ramai beranggapan memaksa diri walaupun ialah perkara yang normal. Tetapi di sebalik rasa lesu, sukar fokus, dan mudah marah, mungkin ada punca yang lebih serius: keradangan kronik.

Stres harian kebiasaannya bersifat sementara. Apabila punca stres hilang, badan akan kembali tenang.Tetapi stres yang berpanjangan, sama ada disebabkan masalah kewangan, trauma atau tekanan kerja, akan membuatkan sistem tindak balas terhadap stres sentiasa aktif. Ini mencetuskan keradangan, melemahkan imuniti dan meningkatkan risiko penyakit,” jelas Joanne Ng, Pengasas The Pillars Psychological Services.

Stres kini bukan lagi isu peribadi, malah menjadi isu nasional. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan kes-kes kemurungan di Malaysia meningkat

dua kali ganda dari 2019 hingga 2023.

Pakar mengaitkannya dengan stres kronik dan keletihan melampau akibat kos sara hidup yang tinggi, waktu kerja tidak menentu dan waktu kerja yang panjang.

Tanda-tandanya sering tidak disedari. Ramai hanya menganggap ia sekadarpenat biasa‘. Sedangkan ia mungkin petunjuk awal keradangan dalam badan.

LAC

 

Dari Kortisol Ke Keradangan Kronik

Stres kronik bukan sahaja mengurangkan tenaga, malah menjejaskan cara badan menyerap nutrien serta mengubah cara anda makan.

Stres muncul dalam pelbagai cara, tetapi bagi ramai rakyat Malaysia, ia sering bermula di bahagian usus seperti refluks asid atau tabiat buang air yang tidak teratur. Keletihan adalah satu lagi tanda besar, terutamanya bagi orang dewasa bekerja yang sentiasa mengimbangi pelbagai tanggungjawab.

Kami juga melihat banyak masalah berkaitan tidur, sama ada sukar untuk tidur atau terjaga di tengah malam dan tidak dapat kembali berehat. Salah satu tanda paling biasa bahawa badan berada di

bawah tekanan ialah sakit kepala akibat tekanan atau migrain,” kata Ng.
LAC

Selain kesakitan dan keletihan, stres juga memberi kesan kepada pemakanan. Ia mengubah cara badan anda menyerap dan menggunakan nutrien, yang menjejaskan kemampuan anda untuk pulih.

Stres menyebabkan badan menggunakan nutrien lebih cepat daripada biasa dan juga boleh mengurangkan penyerapan,” kata Cynthia Jetan, Pakar Nutrisi Perunding di LAC Malaysia.

Tanpa nutrien tersebut, badan anda sukar untuk mengurus keradangan dan membaikinya. Ia juga mendorong keinginan terhadap makanan tenaga segera yang kebiasaannya tinggi kandungan gula, karbohidrat ditapis, dan lemak, kerana badan anda sedang bersedia untuk fight or flight. Dan diet rakyat Malaysia secara purata tidak membantu.

95% rakyat Malaysia tidak makan sayur-sayuran yang mencukupi. Hidangan berat pada nasi, mi, dan protein, tetapi ringan pada sayur-sayuran, buah-buahan, atau kekacang. Itu bermakna kurang serat

dan antioksidan, nutrien yang diperlukan bakteria usus anda untuk menghasilkan sebatian anti-radang.”

Tanpa nutrien ini, walaupun masalah kecil mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Selsema berlarutan, ketidakselesaan usus berterusan, dan tenaga tidak pernah kembali sepenuhnya. Lama-kelamaan, kerosakan semakin mendalam, dengan jangkitan berulang, ketidakseimbangan hormon, masalah kulit, dan risiko penyakit kronik yang lebih besar.

 

5 Cara Mudah Reset Irama Tubuh Anda

Berita baiknya, anda tidak memerlukan perubahan yang drastik. Langkah kecil tetapi konsisten dapat membantu tubuh menangani stres. Mulakan dengan yang berikut:

 

1) Berjalan 10 minit di waktu pagi

Cahaya matahari dan pergerakan ringan membantu mengawal kortisol serta menyokong tidur dengan lebih baik.

 

2) Tarik nafas dalam selama 2 minit

Hanya beberapa nafas dalam boleh mengaktifkan sistem tenang badan. Apabila kehidupan begitu pantas, kita sering terlupa untuk berehat seketika dan meluangkan masa untuk diri sendiri,” kata Ng.

 

3) Amalkan pemakanan yang seimbang secara konsisten

Makanan penuh nutrien seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak, dan lemak sihat membantu menambah tenaga dan melindungi badan daripada keradangan,” jelas Jetan.

LAC

 

4) Suplemen sebagai sokongan nutrisi

Jika gaya hidup sibuk menyukarkan anda untuk mengambil pemakanan seimbang, pengambilan suplemen dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi tubuh anda.

LAC Malaysia menawarkan rangkaian produk yang luas untuk sokongan bersasar, seperti LAC Masquelier’s® French Pine Bark Extract, LAC Probiotic Complex 25 Billion CFUs, LAC Primax Fish Oil 1468mg dan LAC Magnesium Bisglycinate 556mg.

 

5) Rehatkan mata tanpa skrin

Tukar tabiat menghadap skrin telefon dengan membaca buku atau lakukan regangan ringan. “Telefon pintar sering membuat kita rasa seolah-olah sedang berehat, padahal media sosial sebenarnya menambah stres melalui perbandingan berterusan di alam maya,” kata Ng.

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ligat-berlakon-cecah-25-tahun-mia-sara-ikut-jejak-langkah-bapa-dato-afdlin-shauki/

Share
Published by
Norzalina