Fesyen

Keunikan Hembusan Aura New Orleans Menerusi Persembahan Fesyen Kate Spade New York Spring 2018

Jenama ini memang terkenal dengan gaya rekaan yang feminin dan bersahaja. Saban musim rekaannya seperti sudah diselarikan dengan DNA yang cukup moden dengan sentuhan chic dan funky bagi memberikan sedikit ‘nyawa’ kepada personaliti yang menggayakannya.

Cetakan Genggang Dalam Rona Lembut
Pancaragam Memberikan Aura Karnival

Baru sahaja mempersembahkan koleksi terkini spring 2018 di Kota New York, tetamu jemputan yang dijemput hadir menyaksikan persembahan koleksi ini diberikan satu pengalaman yang cukup unik dan interaktif. Mengubah Grand Central Oyster bar yang merupakan salah satu mercu ikonik New York dengan sentuhan aura New Orleans ia ternyata memberikan pengalaman yang berbeza kepada tetamu.

Persembahan fesyen kali ini juga merupakan satu majlis yang cukup istimewa kerana ia merupakan satu simbolik 25 tahun kewujudan jenama ini dalam pasaran fesyen dunia. Pengarah kreatifnya, Deborak Llyod mengambil inisiatif sambutan dengan membawa gaya persembahan bagaikan simbolik road trip

seluruh Amerika. Corak kotak genggang, polkadot dan juga flora fauna antara elemen yang jelas kelihatan dari seluruh rekaan.
IKLAN
Share