Khas Untuk Wanita Yang TERLALU SUBUR, 12 Tip Ini Bagus Untuk Cegah & Kawal Kehamilan

1095

Sebagai pasangan muda anda perlu mempunyai pengetahuan yang khusus cara mencegah kehamilan dengan cara yang sihat dan betul. Terdapat dua jenis kaedah mencegah kehamilan yang mempunyai tujuan yang satu iaitu menggagalkan pertemuan sel telur dan sperma ketikan melakukan hubungan intim.

Cara tersebut adalah melalui kaedah natural atau perubatan. Cara tradisional adalah seperti menggunakan sistem kalender ketika melakukan hubungan intim, dan ramuan tradisional.

Manakala cara mencegah kehamilan melalui perubatan adalah paling selamat dan praktikal. Doktor akan menasihati pasangan yang ingin mencegah kehamilan dengan memakai alat kontrasepsi.

Kaedah kontrasepsi ini lebih mudah dengan bantuan alat atau hormon yang tertentu. Alat kontrasepsi yang biasa disarankan oleh doktor untuk mencegah kehamilan adalah;

(1) Pil perancang – 91% berkesan

Pil perancang adalah satu kaedah kontrasepsi yang menggunakan hormon sebagai mengawal pengeluaran sel telur wanita. Pil perancang menghalang telur dihasilkan setiap bulan. Tetapi, jika pengeluaran telur masih berlaku, hormon di dalam pil perancang tersebut akan mencegah sel telur tertanam di dalam saluran air kencing. Maka sperma dan sel telur tidak akan bertemu ketika melakukan hubungan intim suami isteri.

Amaran

Pil perancang merangsang hormon testosteron dan memberi kesan kepada libido.

Apa yang perlu tahu

Pil perancang perlu diambil dalam masa yang sama setiap hari. Jika terlupa boleh mengganggu program kontrasepsi yang dijalankan.

(2) Span – 88% berkesan

Bentuk bulat dan melengkung ke dalam dimasukkan ke dalam vagina dan membunuh sperma.

Amaran

Perlu direndam terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam vagina.

Apa yang perlu tahu

Tidak berkesan kepada wanita yang pernah melahirkan.

(3) Alat IUD – 99% berkesan

Alat IUD (intra uterine device) adalah satu kaedah mencegah kehamilan alat kontrasepsi yang berbentuk T yang diletakkan di dalam rahim. IUD adalah sekeping plastik yang mengandungi hormon progesteron sintetik yang boleh mencegah kehamilan. Progesteron ini menyebabkan ovari terhalang daripada membebaskan telur. Ini akan menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang dan tebal agar sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah.

Amaran

Jika mempunyai penyakit Chlamydia atau gonorrhoea dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana IUD boleh membuat penyakit ini lebih parah.

Apa yang perlu tahu

Bahan IUD adalah selamat dan tidak akan berlaku pembengkakan pelvis.

(4) Suntikan – 94% berkesan

Kaedah ini sangat popular kerana kos perubatan yang murah dan mudah. Ini berlaku dengan menyuntik hormon ke dalam tubuh wanita dalam jumlah yang tertentu. Hormon yang tertanam ke dalam tubuh akan mencegah pengeluaran sel telur. Biasanya suntikan akan diambil setiap tiga bulan sekali.

Amaran

Suntikan ini mungkin mempengaruhi ketumpatan tulang yang menyumbang kepada osteoporosis. Pakar menyarankan agar suntikan ini tidak diambil lebih daripada dua tahun.

Apa yang perlu tahu

Jika anda merancang mahu memiliki anak, kaedah ini mengambil masa hampir setahun untuk subur semula.

(5) Sterilasi – 99% berkesan

Tiub fallopian wanita atau vas deferens lelaki diikat dan dipotong. Jadi sperma dan sel telur tidak akan bersatu. Kaedah ini adalah cara yang kekal dan tidak dapat diulang semula jika bercadang untuk memiliki anak.

Amaran

Perlu berfikir panjang untuk melakukan kaedah ini kerana tiada cara untuk kembali kepada asal.

Apa yang perlu tahu

Kaedah ini perlu dilakukan melalui pembedahan.

(6) Cincin – 91% berkesan

Sebulan sekali dimasukkan dua inci cincin khusus mencegah kehamilan ke dalam vagina. Masuk ke dalam vagina seperti memasukkan tampon. Cincin ini mempunyai peranan yang sama seperti pil perancang iaitu menghasilkan hormon. Keluarkan semula ketika haid dang anti dengan yang baru.

Amaran

Risiko mengalami sekatan dalam pembuluh darah kerana ia meresap jauh sehingga saluran darah.

Apa yang perlu tahu

Peluang untuk gagal tinggi jika kedudukan cincin berubah ketika melakukan hubungan intim.

(7) Pelekat – 91% berkesan

Pelekat ini diletakkan di atas punggung, perut atau lengan selama tiga minggu tidak termasuk minggu haid. Pelekat ini akan mengeluarkan hormon anti-ovulasi.

Amaran

Kulit mungkin akan mengalami kegatalan.

Apa yang perlu tahu

Pastikan selepas menanggalkan pelekat tersebut terus digantikan dengan yang baru.

(8) Kondom – 79% berkesan

Kondom ialah alat pencegah hamil yang menghalang sperma dari memasuki rahim wanita. Ia terdiri dari salur getah yang dipakai semasa ereksi sebelum berlaku sentuhan dengan faraj. Kondom adalah alat kontraseptif yang popular.

Amaran

Kondom lelaki boleh pecah dan menggagalkan misi anda.

Apa yang perlu tahu

Sensasi hubungan intim mungkin berbeza jika tidak memakai kondom.

(9) Diaphragm – 88% berkesan

Diaphragm adalah getah lembut berbentuk bulat yang boleh meregang. Bahagian muncung diisi dengan gel pembunuh sperma. Diaphragm dimasukkan ke dalam faraj sebelum hubungan intim.

Amaran

Perlu mengukur untuk mendapat saiz yang betul dan sukar untuk membuangkan buat permulaan.

Apa yang perlu tahu

Perlu dimasukkan ke dalam faraj enam jam sebelum melakukan hubungan intim.

(10) Implan – 99% berkesan

Rod plastik ditanam ke dalam lengan wanita. Biasanya ukuran rod tersebut seperti mancis. Implan akan mengeluarkan hormon yang mencegah pengeluaran sel telur. Implan ini mempunyai jangkah hayat lima tahun dan perlu diganti baru selepas itu.

Amaran

Lebih kurang 80 peratus wanita yang mengalami haid yang tidak teratur pada tahun yang pertama.

Apa yang perlu tahu

Implan ini kadang-kadang tidak duduk setempat dan boleh bergerak ke tempat lain.

(11) Topi Serviks – 88% berkesan

Berbentuk cawan kecil yang diperbuat daripada getah atau plastik. Seperti diaphragm, topi serviks dimasukkan ke dalam faraj dan diisi dengan gel pembunuh sperma.

Amaran

Topi boleh tertanggal ketika melakukan hubungan intim.

Apa yang perlu tahu

Kurang berkesan kepada wanita yang pernah melahirkan anak.

(12) Merancang secara semula jadi – 76% berkesan

Tidak melakukan hubungan intim ketika ovulasi yang boleh diketahui dengan memeriksa suhu tubuh. Masa subur wanita ketika sel telur yang mungkin bersatu dengan sperma. Haid yang normal secara umum berlaku selama 28 hingga 30 hari. Maka waktu subur wanita jatuh pada hari ke11 sehingga 18 hari setelah haid terakhir.

Amaran

Perlu lebih prihatin dengan perubahan kitaran haid.

Apa yang perlu tahu

Kitaran haid sering berubah-ubah.

Jangan Lupa Komen