Berita

“Kita Selalu Diuji Dengan Apa Yang Kita Sayang” MEMEY SUHAIZA Kongsi Momen Sertai Kelas Usrah

Tenang melihat kehidupan terkini pelakon cantik, Memey Suhaiza yang sukses sebagai seorang usahawan.

Memiliki bisnes sendiri, keluarga yang harmoni dan circle yang baik-baik sememangnya menjadi impian setiap wanita.

Kredit Foto: memeysuhaiza

Dibantu oleh suami iaitu Norman Hakim menjadikan Memey sentiasa bersemangat untuk melebarkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi.

Berkat usaha gigih tanpa jemu, Memey berjaya memiliki butik fizikalnya sendiri.

Sertai Kelas Usrah

Dalam kesibukan mencari rezeki, Memey tetap mencari ruang waktu untuk menambah ilmu agama dengan menyertai kelas-kelas usrah.

Bulan sekadar mengejar harta dunia, sebagai khalifah akhirat juga perlu seimbang.

Dalam hantaran terbaharunya di Instagram, Memey berkongsi momen bermakna ketika menghadiri kelas usrah anjuran salah seorang sahabatnya.

“Alhamdulillah hari ni Mummy berpeluang bersama-sama dalam usrah anjuran sahabat mummy @husnahazwani_

“Tahniah Huna untuk segala usaha ini.. mudah-mudahan asbab usaha murni ini bukan jer menyatukan hati kita dalam ukhwah tapi menyuburkan jiwa dengan ilmu & peringatan untuk kita semua dekat dengan Allah..

“Semoga usaha ni juga menjadi amal jariah yang berpanjangan & diberkati Allah..

“Bak kata ustazah “Hijrah itu mudah tapi istiqamah itu yg payah..

“Terima kasih banyak Ustazah untuk segala ilmu,” tulis Memey.

BACA JUGA: Hari-Hari Masak Menu Sihat Untuk Suami, Siap Food Presentation Ala Hotel MEMEY Dipuji Isteri Solehah

Kita Sering Diuji

Menurut Memey, sebagai manusia biasa kita sering diuji terutama dengan apa yang kita sayang.

“Berat tajuk hari ni.. Ketika cinta memilih jalan (anak, harta, keteguhan iman)

“Sebab kita selalu diuji dengan apa yang kita saying..

“Terima kasih untuk semua yang ada.. Semoga kita semua sama-sama istiqamah mudah-mudahan.”

Semoga Memey terus sukses dalam bisnes serta menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik buat keluarga.

Kekal Bahagia, Makin Sweet!

14 tahun usia perkahwinan bukanlah tempoh masa yang singkat. Lebih sedekad!

Memang terserlah kebahagiaan Memey dan Norman sekarang. Makin sweet.

Mereka bahagia dengan cara sendiri di samping tiga cahaya mata yang comel dan bijak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Apatah lagi, dengan jarak usia Memey dan Norman yang sangat jauh iaitu 12 tahun bukan halangan untuk mengecap kebahagiaan bersama.

Ketika sah bergelar suami isteri, Norman Hakim berusia 35 tahun manakala Memey Suhaiza berusia 23 tahun.

Untuk info, Memey dan Norman bernikah pada 24 September 2011. Ia merupakan perkahwinan pertama Memey, manakala yang kedua bagi Norman.

Menerusi perkahwinan terdahulu antara Norman dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Share
Published by
Amy Mohd