Koleksi Inspirasi DISNEY x MIMPIKITA, Klasik Namun Praktikal Dengan Rekaan Lebih Kreatif

Koleksi baharu daripada Mimpikita ini mendapat inspirasi daripada Mary Poppins dari Disney. Koleksi Come Fly With Me adalah koleksi ke-4 Mimpikita dengan kerjasama Disney. Ianya lebih praktikal kerana boleh disuai padankan mengikut cita rasa si pemakai.

Dengan koleksi bersama Mary Poppins ini, Mimpikita mahu membawa ‘Kita Girls’ dalam perjalanan di luar rutin mereka di mana gaya, keyakinan serta kepercayaan bersatu.

Koleksi Come Fly With Me menampilkan karya kreatif dengan inspirasi daripada gaya Edwardian khas Poppins untuk ‘Kita Girl’ moden.

Antaranya, blaus lengan panjang yang dipadankan dengan skirt bercorak cetakan bunga-bungaan. Ianya boleh disuai padankan dengan pelbagai gaya.

Seterusnya, rekaan koleksi Come Fly with Me ini turut menyerlahkan gaya khas Edwardian Poppins dengan kolar tinggi, lengan jenis puff, serta elemen renda dan berbutang. Koleksi ini terdiri daripada blaus, skirt dan outerwear

.

Setiap helaian ini mempamerkan cetakan bunga-bungaan yang berani serta diilhamkan oleh bunga mawar Inggeris yang disesuaikan dengan iklim tropika Malaysia.

IKLAN
Share