
Salah satu keriangan wanita selain memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadan ialah membuat persiapan Hari Raya. Baru-baru ini, Nona sempat meninjau koleksi #ZALORAYA2022 yang menghimpunkan tujuh label pereka tempatan berbakat besar.
Seperti mengimbau semula nostalgia Aidilfitri yang sentimental, pertunjukan fesyen di Publika itu mengetengahkan helaian eksklusif NH by Nurita Harith, Yadotsa, Maslea, Raeesa, TAS by Tom Abang Saufi, Lubna dan Zalia.
Selepas dua tahun dilanda pandemik, #ZALORAYA2022 kembali buat kali kelapan menghidangkan pelbagai rekaan baju raya pereka secara online.
Sambil cuci mata tengok koleksi-koleksi raya, Nona bersama Pengurus Kanan Kategori Fesyen Muslimah ZALORA, Shasha Ahmad…
TAS BY TOM ABANG SAUFI
Sempat bersembang dengan salah seorang pereka fesyen terkemuka, Dato’ Tom Abang Saufi tentang topik beraya dengan kasut sneakers.
Menurut beliau, tidak ada yang ‘pelik’ lagi dengan trend ini kerana selepas pandemik semua orang mengutamakan keselesaan.

Komen Dato’ Tom Abang Saufi tentang trend berbaju raya dengan kasut sukan…
Untuk koleksi TAS by Tom Abang Saufi, garapan motif etnik Borneo menghiasi helaian baju raya untuk wanita dan lelaki. Beliau mengambil inspirasi percutian di pulau untuk palet yang digunakan bagi mencipta perasaan ‘healing’.
TAS kali ini didatangkan dalam rekaan kaftan, baju kurung dan kemeja lelaki. Ia boleh didapati di laman ZALORA, tomabangsaufi.com dan Parkson Pavilion.
Bagi yang belum mendapatkan baju raya, koleksi #ZALORAYA2022 ini sememangnya berbaloi dan cantik sekali. Dengan harga berpatutan, masa juga dapat dijimatkan kerana semuanya kini di hujung jari!