Fesyen

Kongsi Foto Percutian Ke Paris ‘Sweetnya’ Rizman & Isteri, Kecomelan Rizqaa Turut Jadi Bualan “Macam Princess!”

Tenang dan bahagia je melihat gambar-gambar percutian Rizman Nordin bersama isteri dan anak perempuannya ini.

Paris yang terkenal dengan panggilan ‘kota cinta dan fesyen’ dipilih sebagai destinasi percutian keluarga ini.

 

Rizman Nordin merupakan pereka fesyen serta pengasas jenama Rizman Ruzaini. Manakala isterinya, Nurida Suraya pula pengasas kepada Rizman Ruzaini Beauty.

Sebelum ini, Nurida juga pernah bergelar seorang model. Patutlah cantik! Walau pun bergelar ibu anak satu dan berusia 34 tahun, Nurida pandai jaga badan.

Kekal langsing macam anak dara!

Pada percutian itu, turut diraikan ulang tahun kelahiran Rizman yang ke-39 tahun.

Sambutan dilakukan secara ringkas dan sederhana namun dalam suasana romantik di sebuah restoran mewah berlatarkan pemandangan menara Eiffel.

Nurida dan Rizqaa tampil ‘gorgeous’ dengan dress hitam polos, manakala Rizman segak menyarungkan suit hitam rona senada. So fashionable

dan ada kelas tersendiri!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan artis menzahirkan ucapan selamat hari lahir buat Rizman.

Mereka juga teruja melihat kecomelaan Rizqaa yang tak ubah seperti ‘barbie doll’ bergerak. So adorable!

Nampak ceria sangat Rizqaa. Siap dapat jalan-jalan ke Disneyland Paris, patutlah Rizqaa happy sangat.

Untuk info, tarikh 13 September 2019 menjadi detik paling bermakna buat Rizman dan Nurida apabila sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rizqaa Rizman yang kini berusia 3 tahun. Semoga keluarga kecil ini kekal bahagia dan ceria selamanya.

 

Kredit Foto: Instagram Rizman Nordin, Nurida Suraya

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona

 

 

 

IKLAN
Share