
Fatin Afeefa Tunai Umrah Bersama Suami & Anak
Tumpang bahagia melihat kehidupan bahagia Fatin Afeefa sekeluarga. Sejak kembali bergelar isteri dan mendedahkan berita mengenai kelahiran anak lelaki pada tahun 2024, aktres ini jarang tampil di kaca televisyen. Bahkan Fatin kini lebih selesa menguruskan anak-anak dan suami tercinta.
Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, Fatin Afeefa atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin rancak mengusahakan perniagaan sendiri.
Artikel https://www.nona.my/comelnya-muhammad-jibril-cecah-usia-7-bulan-inilah-buah-hati-afeefa-opai/
Selain itu, dia juga sering diundang menghadiri majlis pelancaran fesyen, kesihatan dan kecantikan di samping menjadi jurucakap bagi produk terlibat.
Walau tidak lagi aktif dalam industri seni namun Fatin Afeefa sentiasa mengemaskini media sosial mengenai perkembangan semasa berkaitan dirinya.
Terbaharu, selebriti berusia 32 tahun berkenaan memuat naik gambar dirinya menunaikan umrah di Tanah Suci. Turut kelihatan, anak lelaki bongsu Muhammad Jibril dan suami, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.
Tulisnya, “By Allah’s permission. By Allah’s timing. By Allah’s mercy.”
Penampilan Fatin Afeefa yang kini lebih sopan dan melambangkan Muslimah sejati nyata menarik perhatian peminat. Terserlah keayuan suri hati Opai ini.
Tidak kurang juga telatah manja dan wajah comel anakanda kesayangan yang sentiasa menghiburkan pasangan ini sepanjang berada di Tanah Suci.
Figura jelita ini sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada Disember 2022.
Pelakon filem Tentang Bulan tersebut turut dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Fatin pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa.
Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyiannya juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian.
This website uses cookies.