Fesyen

Konsep Tersendiri Butik Kafe FRED SEGAL Penuhi Cita Rasa & Gaya Hidup Masa Kini

Buat julung-julung kali, rumah fesyen ikonik Fred Segal membuka butik kafenya di Malaysia bagi memenuhi cita rasa fesyen semasa. Keunikan butik gaya hidup yang terletak di One Utama Shopping Centre ini mengetengahkan konsep tersendiri serta lain dari yang lain.

Bukan hanya membawa ciri-ciri budaya Southern California buat para penggemar jenama ini, Fred Segal turut membawa koleksi terbaik untuk lelaki dan wanita termasuk aksesori. Tidak ketinggalan, aksesori rumah dan juga gaya hidup turut ditawarkan. Fred Segal merupakan kebanggaan California terutama di kalangan pereka fesyen, artist

serta pereka hiasan dalaman.

Sejak penubuhannya pada tahun 1961, Fred Segal seringkali menjadi destinasi membeli-belah yang unggul disamping terkenal di kalangan warga Amerika. Jenama ini juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang cukup menyenangkan di bawah satu bumbung.

Berkeluasan sekitar 300 kaki persegi, butik kafe Fred Segal mempamerkan sentuhan interior moden yang menarik. Warna-warna Fred Segal seperti putih, biru dan merah diterapkan sebagai rona latar belakang termasuk rak, meja dan rel logam. Sementara kertas dinding bercetak berkonsepkan funky serta slogan dalam cahaya neon menyerlahkan elemen bercita rasa tinggi bagi butik kafe ini.

KOLEKSI

Terdapat koleksi kasual ready-to-wear, formal dan street wear seperti Publish, Alez Mill, J.O.A, Pysho Bunny dan Monrow. Di samping itu, Fred Segal turut menawarkan jenama-jenama popular dari luar seperti Deus Ex Machine (Australia), Ksubi (Australia), Karssen (Belanda) dan Soko (Kenya).

Terdapat juga jenama-jenama tempatan terpilih tersusun di rak bersama jenama-jenama antarabangsa tersebut. Antaranya ialah Thavia, Supercrew dan Pestle & Mortar. Tidak ketinggalan jenama kosmetik terkenal seperti Lip & Co dan So.lek yang menyerikan lagi butik kafe ini. Selain itu, terdapat juga koleksi pakaian yang mudah dipakai seperti jumper, hoodie dan tee yang dihiasi dengan logo Fred Segal.

Selain membeli-belah, pengunjung boleh singgah ke Fred Segal Cafe yang turut terletak di dalam butik. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kelainan pengalaman di kafe ini. Para pengunjung boleh memilih untuk makan di situ atau membawa makanan pulang.

Untuk menikmati hidangan bercita rasa California yang cukup lazat, anda bolehlah menikmatinya di kafe ini. Antara menu yang disediakan ialah pizza, tacos, sandwich, manisan dan snek.

IKLAN
Share