Henry Golding mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas tampil di kaca TV buat pertama kali dalam rancangan 8TV Quickie bersama dengan hos-hos terkenal seperti Marion Counter, Hunny Madu, Aishah Sinclair dan ramai lagi.

Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding

IKLAN

Selepas beberapa ketika, kini Henry Golding mula meletakkan jejak di persada Hollywood, menempah dari satu ke satu projek filem antarabangsa bermula dengan Crazy Rich Asians, A Simple Favor, Last Christmas, The Gentleman, Snake Eyes dan yang terbaru Persuasion yang kini sudah ditayangkan di Netflix.

Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding

Persona bintang kelahiran Betong, Sarawak berumur 35 tahun ini sememangnya tidak dapat dinafikan, apatah lagi personalitinya yang ‘charming’ dan merendah diri, kini menjadi antara aset kebanggaan Malaysia. Selain dari kejayaannya di pentas lakonan antarabangsa, sudah pastinya kisah peribadi  Henry Golding juga tidak terlepas dari lensa dan pena media terutama sekali melibatkan hal rumahtangganya.

Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding

Sudah berkahwin dan memiliki seorng cahaya mata, pasti ramai yang tertanya siapakah gerangan permata hati yang berjaya menambat hati serta tulang belakang kepada Henry Golding. Bukan saja jelita dan menawan, rupa-rupanya isteri kepada Henry Golding ini juga bukan calang-calang.

Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding

Ini dia beberapa fakta tentang Liv Lo Golding, isteri kepada Henry yang perlu anda tahu.

  1. Liv Lo, lahir pada 21 Mei 1985 di Taichung City, Taiwan merupakan seorang usahawan, pengasas, duta jenama Taiwan dan penggemar kecergasan. Dia juga seorang pelakon, model dan hos.

  1. Liv Lo seorang yang sangat aktif dan yoga menjadi salah satu rutin harian kegemarannya. Liv Lo juga seorang guru yoga berjaya untuk Tonal serta fasilitator pernafasan untuk Sacred Breath Academy.

Liv juga seorang yang sangat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan. Dia bukan sahaja mengajar yoga, Liv juga banyak merakam video kecergasan di YouTube dan menghasilkan kelas kecergasan langganan yang dipanggil FitSphere.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

 

3. mengejutkan tetapi berdasarkan sumber, Liv Lo yang memulakan langkah pertama mengurat Henry. Liv dan Henry bertemu lebih sedekad yang lalu, pada majlis hari jadi rakan di Singapura pada malam sambutan Tahun Baru 2011. “Saya tahu anda perasan saya tetapi tidak memperkenalkan diri anda,” ulas Liv lagi. Sejurus selepas itu, mereka memulakan perhubungan jarak jauh—Lo tinggal di Tokyo, manakala Golding berada di Singapura—sebelum mereka membuat keputusan untuk berpindah bersama.

Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding

4. Mereka bertunang pada 2015 di Phuket, Thailand dan berkahwin pada 2016 di Sarawak, Malaysia.

IKLAN

5. Liv dan Henry menyambut cahaya mata perempuan pertama mereka yang diberi nama Lyla, pada Mac 2021.

Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding

6. Liv juga seorang yang handal bergaya dan sering kali tampil menawan apabila menemani Henry Golding ketika karpet merah, majlis anugerah serta majlis tayangan filem. Lihat saja stail dan gaya Liv. Dia sendiri persis bintang popular Hollywood.

Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang Liv Lo, ‘Rachel Chu’ Pada Henry Golding

Mungkinkah kita akan lihat Liv Lo mengikut jejak langkah suaminya berlakon. Sama-sama kita nantikan.

Kredit foto: Instagram (@henrygolding & @livlogolding)