Masih ingat lagi dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia? Lagu popular sekitar tahun 1998-1999 itu pernah menjadi siualan anak-anak muda serta lagu pilihan ketika berkaraoke. Manakan tidaknya, lagu ciptaan Azmeer itu sememangnya mendayu-dayu dan mengalun rasa.

IKLAN

Dinyanyikan oleh Jeslina Hashim yang suatu ketika dahulu cukup dikenali, apatah lagi dia bukan sahaja berbakat dalam bidang nyayian, namun turut sama bergelar pelakon. Filem-filem lakonannya seperti Sri Dewi Malam, Iskandar dan Idola antara yang diingati. Namun selepas pelancaran album pertama dan filem-filemnya, nama Jeslina seakan kian pudar dari ingatan peminat industri tanahair terutama sekali selepas dia melangsungkan perkahwinan dengan Dion Andrew Vercoe, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Ketika itu Jeslina kembali solo dan hidup bertiga dengan dua cahaya mata comel, Micah dan Keira. Malah Jeslina dikhabarkan sudah lama meninggalkan dunia hiburan dan memberikan tumpuan pada keluarga.

Walaupun tidak lagi bergelumang dalam bidang seni tanah air, kini Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim bt Khairuddin Mohd Hashim dilihat cukup bahagia menjalani kehidupan bersama dengan Tunku Eddy Nasruan Adil yang merupakan pengarah syarikat pemasaran terkenal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jeslinahashim (@jeslinahashim)

Jika dapat dilihat dalam akaun Instagramnya, penampilan Jeslina juga semakin bergaya dan anggun. Dengan rambut gaya Bob serta fashion sense nya, NONA cukup mengagumi penampilannya yang matang dan dewasa. Malah Jeslina juga tidak berahsia dalam berkongsi aktiviti hariannya bersama keluarga tercinta sama ada ketika berliburan mahupun urusan hariannya. Di Instagramnya juga, ramai yang memuji penampilan Jeslina yang ramping dan anggun walaupun sudah memiliki dua anak.

IKLAN

Walau tidak lagi aktif dalam bidang seni tanahair, Jeslina khabarnya sibuk dalam bidang perniagaan dan perundingan imej. Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang fesyen, Jeslina Hashim kini merupakan Pengarah Imej dan Penggaya Selebriti di Metamorfosa, iaitu sebuah butik perundingan di bawah kelolaan Rozina Aziz dan Kudsia Kahar.

Minat mendalamnya dalam bidang fesyen turut memberikan laluan buat Jeslina untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Jeslina kini merupakan pencipta koleksi barang kemasnya sendiri, iaitu Bhatoo by Jeslina Hashim yang dibuat sendiri (handmade) di studionya, BOND yang menampilkan tali pinggang kulit, rantai dan lain-lain.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @bhatoobyjeslinahashim

Apa-apa pun, selamat maju jaya NONA ucapkan kepada Jes! Semoga artikel ini mengubat kerinduan peminat-peminat Jeslina Hashim.

Kredit foto: Instagram @jeslinahashim