Ligatnya Isteri AARON AZIZ Ni Berniaga, Lepas Tudung Hasilkan Produk Kesihatan Pula!

646

Wow, hebatnya isteri Datuk Aaron Aziz! Dalam sibuk menguruskan kerjaya suami dan keluarga, sempat lagi Datin Diyana Halik aktif berniaga. Bukan usahakan satu bisnes saja… bahkan ligat menghasilkan produk kesihatan terbaharu Adam Hawa by Aaron Aziz iaitu Habbatus Sauda Oil.

Kalau sebelum ini isteri kepada pelakon berbakat besar tersebut mula dikenali dalam bidang perniagaan sebagai pengusaha label hijab Diyana Halik, sekitar hujung tahun lalu pula wanita genit berjiwa besar ini melangkah setapak ke hadapan dengan menghasilkan Habbatus Sauda Oil. Idea untuk mengeluarkan produk premium ini tercetus gara-gara situasi dirinya yang sering mengalami masalah refluks asid.

Kongsi Datin Diyana, disebabkan masalah kesihatan berkenaan beliau yang selama ini bergantung kepada alternatif ubatan tertentu akhirnya dapat mengatasi masalah tersebut dengan pengambilan produk berasaskan ramuan sunah seperti habbatus sauda dari Adam Hawa by Aaron Aziz.

“Selama 2-3 bulan saya terpaksa mengamalkan diet yang ketat untuk mengawal masalah ini. Berhenti ambil minuman berkafein, elakkan tomato, limau, lemon dan apa saja yang bersifat asid. Saya juga berhenti ambil makanan berminyak dan pedas selama 3 bulan. Selain mengamalkan celery juice dan habbatus sauda.”

Mula memasarkan Habbatus Sauda Oil pada Oktober 2018, ia nyata mendapat sambutan masyarakat kerana kandungan organik di dalamnya membawa pelbagai manfaat kepada kesihatan antaranya membantu pesakit asthma atau lelah.

Sementara itu, mengintai bisnes hijab yang diusahakan… baru-baru ini Datin Diyana Halik berkesempatan mengeluarkan satu lagi koleksi Travel Series yang bercirikan budaya dan keindahan Bumi Turki. Dari tudung instant, shawl dan bawal… semuanya ada.

Antara koleksi yang ditawarkan kepada hijabi ialah Lush Cappadocia, Lush Iznik, Shawl Bursa dan Hagia Sophia. Rambang mata dibuatnya sebab rekaannya yang unik dan menarik.

Buat Datin Diyana, selamat maju jaya dalam lapangan kerjaya yang diceburi dan teruskan menyuntik semangat inspirasi buat semua.

Sumber: Instagram Datin Diyana Halik