Siapa yang tidak kenal dengan Umai, anak saudara kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kian dikenali ramai ini.
Baru-baru ini, Umai memuat naik beberapa gambar di mana dia tampil manis bertudung sempena meraikan hari raya Aidiladha.
Ramai yang tertarik malah memuji penampilan gadis berusia 14 tahun ini. Ada yang menyatakan penampilannya itu persis ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“@umairahofficial ada iras muka Mak Iti dia dah..”
BACA JUGA: Alahai Merdunya Suara UMAIRAH Mengalunkan Bacaan Al-Quran, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Pun Puji Suara Anak Saudaranya!
Umairah atau nama penuhnya Ummi Umairah Saiful Anuar berkongsi momen hari raya bersama ibunya, Siti Saerah serta ibu saudara kesayangan, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji penampilan Umairah itu malah ada yang turut mendoakan agar terbuka hatinya untuk bertudung suatu hari nanti.
“Moga2 Allah berikan hidayah utk kekal menutup aurat mengikut syariat.. ameen..”
Ada juga yang melihat penampilan Umairah dan ibunya umpama kakak dan adik.
Cipta Kejayaan Tersendiri
Semoga Umrairah terus sukses dalam bidang nyanyian, mengikut jejak langkah Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Untuk info, pada Julai 2024 Umairah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori Junior Champion Vocalist Of The World di World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27.
Umairah menjulang pingat emas di acara berprestij itu yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.
Kejayaan itu juga bukan calang-calang kerana dia berjaya menamatkan “kemarau” hampir 10 tahun.
Kali terakhir wakil negara menjuarai kategori vokal WCOPA ialah pada 2014 menerusi Aina Abdul yang melantunkan lagu Semalam dalam kategori senior.
This website uses cookies.