“Mama Sangat Disiplin Dengan Amalan Petuanya” Kekal Cantik Dalam Usia 61 Tahun, DATIN MARIA ARSHAD Inpirasi SHIERA

11248

Seperti yang kita tahu hubungan Sharifah Shahirah atau Shiera dan ibu mertuanya, Datin Maria Arshad umpama isi dengan kuku. Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya itu yang dipanggil Mama.

Berusia 45 tahun, Shiera merupakan ibu kepada lima orang anak iaitu Allisya (21), Airell (15), Airra (12), Auddra (10) dan Adeena (2). Isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari ini bukan saja mengkagumi cara didikan ibu mertuanya terhadap anak-anak malah dia juga bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga, cantik dan langsing.

“Mama seorang yang sangat disiplin dengan amalan petuanya dan dilakukan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Saya pula sebaliknya, tak dapat nak ikut sangat petua-petua yang diamalkan sebab terlalu sibuk. Kalau buat pun hangat-hangat tahi ayam saja. Setiap orang ada cara masing-masing.

Kalau berbual tu memang kami tak pernah cakap topik kecantikan. Selalunya lebih kepada hal-hal anak cucu, ‘membawang’ pun ada lah sekali sekala.. Walaupun Mama tak pernah kongsi apa petua yang diamalkan tapi saya dapat lihat melalui perbuatannya.

Rawatan-rawatan moden macam suntik sana sini Mama memang tak pernah buat dan tak pernah berminat pun. Baginya biar cantik semula jadi, jangan halang proses penuaan yang sememangnya pasti terjadi. Yang penting kena pandai jaga untuk maintain. Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik sampai sekarang walaupun usianya dah mencecah 61 tahun.

Terus terang, saya memang tak jaga badan sangat. Dulu kalau tak jaga pun berat masih lagi maintain, mungkin terlalu aktif dan sibuk dengan kerja. Sekarang saya perlu makan to keep the energy agar menjadi lebih hiper dan cerdas berfikir.

Saya amalkan produk-produk kesihatan dari farmasi. Tapi tak ambil banyak pun sebab saya jenis yang bukan minum air banyak. Jadi kalau ambil apa-apa suplemen saya tak akan makan banyak takut effect buah pinggang.

Saya ambil satu tablet suplemen saja sehari dan minum oxygen water. Saya juga amalkan makan sayur setiap hari. Kalau makan nasi selalunya saya tak akan tambah lagi. Saya cuba tak makan berlebihan.”

UTAMAKAN KELUARGA

“Ibu mertua saya seorang yang more to family. Selalunya Mama akan lebihkan anak-anak dan cucu. Kalau buat apa-apa pun semuanya untuk keluarga. Secara tak langsung saya dan suami turut menerapkan cara tersebut dalam mendidik anak-anak.

Kami memang menggalakkan anak-anak untuk berjumpa dengan nenek mereka sekerap yang mungkin. Kena selalu rapatkan hubungan mereka antaranya melalui video call mahupun group WhatsApp.

Mama memang sangat rapat dengan cucu-cucunya dan mereka selalu bersama. Ibu saya sendiri pun sering berpesan, jangan lupakan ibu mertua. Jadi saya memang utamakan ibu mertua, melayannya sama seperti ibu sendiri.”

AMBIL HATI IBU MERTUA

“Antara air tangan Mama kegemaran kami sekeluarga ialah ayam masak merah. Memang sedap! Rasa rugi jugalah sebab banyak ilmu memasak yang saya tak belajar dengannya. Orang kata salah satu cara untuk tackle hati ibu mertua ialah melalui masakan. Tapi cara saya lain iaitu dengan mengambil berat dan menghubunginya selalu.

Saya masih ingat dulu ketika pertama kali berjumpa, Mama sangat sporting walaupun tahu status saya ketika itu. Mama menerima saya seadanya, alhamdulillah. Semoga hubungan kami sekeluarga kekal akrab selamanya.”

Shiera kini aktif sebagai pengacara majlis serta penyampai radio.

Kredit Foto: Instagram Shiera Al-Khaired & elhelmikhir

 

Jangan Lupa Komen