Manisha Koirala pejuang kanser ovari mencipta nama selepas bergandingan dengan pelakon hebat Bollywood Dato’ Shah Rukh Khan dalam filem Dil Se pada tahun 1998. Seterusnya namanya meniti di bibir peminat filem Bollywood seperti Akele Hum Akele Tum.

IKLAN

Namun siapa sangka, sekitar tahun 2012 wanita cantik ini telah diduga apabila disahkan mengidap kanser ovari. Kisah hidup wanita yang berusia 51 tahun ini tidak terhenti begitu saja apabila terus positif menjalani rawatan kansernya.

Foto: Instagram @indiatoday.in

Pelakon wanita yang berasal dari Nepal ini telah mendapatkan rawatan untuk membunuh sel kanser dalam tubuhnya di Memorial Sloan Kettering Cancer Centre di Amerika Syarikat.

Pada bulan Mei 2013, Manisha telah mengumumkan bahawa doktor telah mengesahkan dirinya bebas kanser dan bergelar Manisha Koirala pejuang kanser. Manisha juga telah mencatatkan perjalanan hidupnya sepanjang mendapatkan rawatan kanser dalam sebuah buku yang bertajuk, Healed: How Cancer Gave Me A New Life.

Foto: Instagram @m_koirala
Foto: Instagram @m_koirala

Salah satu perkongsian Manisha dalam bukunya ini, “…the cancer had spread like a bowl of Rice Krispies all over the organs,”. Namun kini Manisha lebih positif menjalani kehidupan dengan menghindarkan diri dengan stres dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat. “Jika saya rasa terlalu penat, saya akan tidur sekejap atau ambil makanan yang sihat. Paling tidak pun saya akan memanjakan diri di spa,”.

Foto: Instagram @m_koirala
Foto: Instagram @m_koirala

Pada tahun lalu Manisha telah kembali ke dunia seni menerusi filem Sanju. Wanita cantik ini juga kelihatan sering berkongsi pengalaman hidupnya sebagai kanser survivor serta memberi motivasi kepada audiennya. Bukan itu sahaja, Manisha kerap menjadi aktivis demi membantu anak bangsanya.

IKLAN
Foto: Instagram @m_koirala
Inikah wajah dahulu Manisha Koirala pejuang kanser ovari
Foto: Instagram @m_koirala

Benar kata pepatah, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dugaan yang datang dalam hidup ini untuk memberi sesuatu yang lebih baik dalam hidup ini. Kisah hidup pelakon wanita terkenal Bollywood ini, benar-benar menyuntik inspirasi terutama kepada pengidap kanser seluruh negara.

IKLAN

BACA: Sonali Bandre Juga Pejuang Kanser

Bukan mudah Manisha Koirala pejuang kanser ovari meneruskan hidup.
Foto: Instagram @m_koirala
Manisha Koirala pejuang kanser yang positif
Foto: Instagram @m_koirala

Pelakon cantik ini begitu popular dengan lakonan mantapnya dalam filem Mann bergandingan dengan pelakon, Amir Khan. Filem ini menjadi sebutan ramai apabila pelakon utamanya, Manisha Koirala tampil berani berlakon dengan gaya solekan yang minimalis membawa watak Priya Verma.

Sumber: thehindu.com