1200x630

Penjagaan kulit wajah sering kali diambil mudah oleh golongan wanita. Pemilihan produk yang tidak mengikut piawaian kesihatan juga menjadi salah satu punca ‘kerosakan’ kulit. Tahukah anda, penggunaan sleeping mask ketika tidur boleh membantu anda mendapat kulit wajah yang sihat dan anjal?

IKLAN

 

Menurut Dr. Terry, Global Skincare Expert dari The Body Shop, kepentingan kesihatan holistik dan bagaimana ia berperanan dalam penampilan seseorang. Keseimbangan penjagaan kesihatan tubuh dan kulit wajah adalah faktor utama menonjolkan penampilan serta meningkatkan keyakinan diri seseorang.

 

Ibunya yang telah meninggal dunia mengalami penyakit kulit, ekzema dan psoriasis menyebabkan Dr. Terry terjerumus dalam bidang perubatan kulit.

Pemilihan produk dari bahan-bahan semula jadi adalah perkara utama sebelum penggunaan sesuatu produk. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh Dr. Terry bagi menjalani rawatan di kliniknya bertempat di London antaranya:

 

  1. Complexion, tona kulit dan firmness
  2. Tenaga dan fizikal
  3. Berat badan dan kekuatan
  4. Tenaga seksual
  5. Keyakinan di dalam boardroom dan bilik tidur

 

Tip penjagaan kulit
Kulit wajah ada kalanya berubah mengikut kitaran haid. Sesetengah wanita yang mengalami kulit kering dan ada kalanya kulit menjadi akan menjadi lembap. Bagi anda yang sering mengembara, terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan:

IKLAN
  1. Minum air secukupnya.

Nak Kulit CANTIK? Atur REGIM TIDUR Untuk Elak KULIT ROSAK!

  1. Jangan minum air beralkohol.

Nak Kulit CANTIK? Atur REGIM TIDUR Untuk Elak KULIT ROSAK!

 

IKLAN
  1. Gunakan sleeping mask sewaktu di dalam penerbangan (walaupun kulit anda berminyak, ia masih memerlukan air agar terus lembap).

Nak Kulit CANTIK? Atur REGIM TIDUR Untuk Elak KULIT ROSAK!

 

  1. Berikan masa untuk kulit ‘berehat’ atau bebas daripada solekan.

Nak Kulit CANTIK? Atur REGIM TIDUR Untuk Elak KULIT ROSAK!

Terdapat beberapa persoalan mengenai kulit wajah antaranya:

  1. Apa yang berlaku pada kulit wajah ketika sedang tidur?
  • Fix atau memperbaiki : proses membaik pulih bermula. Sel kulit lama mula keluar, kerosakan radikal bebas ditanggalkan dan sel baru mula keluar di permukaan wajah.
  • Fight: Tidur meningkatkan melantonin, antioksidan yang kuat membantu melawan tanda-tanda penuaan dan kedutan wajah.
  • Firm: Pertubuhan hormon yang merangsang kolagen kulit, keelastikan dan firmness sewaktu tidur.

 

  1. Apakah posisi tidur yang sesuai ketika menggunakan sleeping mask?
  • Posisi terbaik adalah tidur menghadap atas (terlentang) agar tiada tekanan dikenakan pada wajah. Namun jika anda lebih biasa tidur secara mengiring, laburkan sedikit wang untuk membeli bantal yang bagus untuk kedudukan tidur agar dapat menghindari tanda berkedut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI