Gaya Hidup

“Masak Sendiri Selagi Boleh,” Farahdhiya Selesa Buka Puasa Dengan Air Tangan Sendiri & Elak Makan Kuih!

Siapa yang tak kenal dengan selebriti cantik, Farahdhiya. Selain berbakat sebagai penyanyi dan berlakon, pelantun lagu Bertahta Di Hati ini memang pandai memasak. Ada saja masa terluang di rumah, pasti dia akan masuk ke dapur dan memasak.

Kecur tengok masakan wanita kacukan ini yang kebanyakannya lauk-pauk kampung!

Kalau intai media sosial penyanyi berusia 39 tahun ini, selain berkongsi rutin harian dan kerjaya Farahdhiya juga gemar memuat naik video masakan.

Tak dinafikan, video masakan Farahdhiya meraih ribuan tontonan dan rata-rata warga maya mengagumi bakat memasak jelitawan ini.

Bersempena ketibaan Ramadan, Farahdhiya memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga tersayang.

Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram @farahdhiya_fd

Malah pada 1 Ramadan lalu dia berkongsi menu berbuka kepada followers tersayang.

“Salam Ramadan semua. Hari ni saya masak sayur peria udang kering dengan telur, sambal belacan udang, masak lemak cili api ayam kentang, ikan masin dan ulam. Selamat berbuka everyone.”

Artikel https://www.nona.my/bukan-ibu-ibu-je-masak-yang-single-tak-kahwin-lagi-ni-pun-masak-hari-hari-juga-rajinnya-farahdhiya/

Dalam pada itu, Farahdhiya akui lebih selesa menikmati juadah makanan yang dimasak sendiri di rumah berbanding berbuka puasa di luar.

Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram farahdhiya_fd

“Masak sendiri selagi boleh. Asam pedas ikan pari, sayur kubis, telur dadar, telur masin dan sambal belacan. Kuih memang jarang atas meja, selagi boleh elak memang akan elak, because itu semua punca-punca naik badan. Kita makan buah dan kurma je. Itu tip untuk badan maintain.”

Artikel https://www.nona.my/sebelum-hujung-tahun-dah-boleh-kahwin-farahdhiya-gorgeous-usia-39-dikelilingi-insan-hebat/

14 Mac, Farahdhiya memenuhi undangan menyertai Majlis Mengedar Bubur Lambuk kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman.

Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram @a_aidaproduction

Dia yang anggun berjubah ungu turut kelihatan memasak bubur lambuk bersama rakan artis seperti Dato’ A. Aida, Datuk Yusof Haslam, Dato’ Fizz Fairuz, Zulhuzaimy, Nadia Brian, Ummi Nazeera dan Serina Redzuawan.

Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.

IKLAN
Share