Berita

“Meet The New Love Of Our Lives, Aurora Sienna” DR AMALINA Selamat Timang Anak Ke-2

Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan anak kedua di sebuah hospital di United Kingdom (UK) baru-baru ini.

“Meet The New Love Of Our Lives, Aurora Sienna” DR AMALINA Selamat Timang Anak Ke-2“Meet The New Love Of Our Lives, Aurora Sienna” DR AMALINA Selamat Timang Anak Ke-2
Kredit Foto: Instagram dramalinabakri

Aurora Sienna

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Amalina di Instagramnya, beliau berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya bersama anak kedua yang diberi nama Aurora Sienna.

“From a family of 3 to a family of 4. Meet the new love of our lives, Aurora Sienna.”

Turut kelihatan dalam hantaran tersebut foto anak sulungnya,Arabella Mia yang kini berusia tiga tahun.

“Arabella is thrilled to be a big sister. Alhamdulillah.”

Semoga Dr Amalina kekal bahagia bersama keluarga sayang seterusnya sukses dalam karier dan pengajian.

BACA JUGA: Pulang Beraya Di Johor, Penampilan Terkini Dr Amalina Che Bakri Jadi Perhatian & Hamil Anak Kedua!

Terdahulu, pakar bedah dan penyelidik kelahiran Malaysia ini mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.

Anak sulung mereka, Arabella Mia kini berusia tiga tahun.

Dr Amalina dikenali setelah mencipta sejarah memperoleh 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 sekaligus menjadi kebanggaan negara.

Dr Amalina kini sedang melanjutkan pengajiannya ke peringkat PhD di Imperial College London.

Share
Published by
Amy Mohd