Boleh dikatakan hampir semua orang pernah membeli barang atau sekurang-kurangnya melayari platform E-Dagang, Shoppe. Namun, tidak ramai yang mengenali lelaki yang telah menubuhkan platform beli-belah di atas talian ini.

IKLAN

Pada tahun 2009, Pengerusi dan Co-Founder Shoppe, Forrest Li telah mengasaskan sebuah platform yang berjaya mengangkatkan beliau sebagai lelaki terkaya di Singapura.

Foto: Instagram @bloombergbusiness

Berdasarkan laporan di laman Instagram Bloomberg Business, lelaki yang berusia 44 tahun ini memiliki harta kekayaan sebanyak RM83.07 billion (USD20 billion) sekali gus mengatasi jumlah kekayaan lelaki terkaya Singapura sebelum ini iaitu Paint Tycoon, Goh Cheng Liang yang memiliki jumlah harta kekayaan RM73 billion (USD17.7 billion).

Crazy Rich Singapore baharu ini merupakan usahawan yang berasal dari China kemudian menetap dan mendapat kerakyatan Singapura.

IKLAN
Foto: Instagram @suzohapp

Selepas memperluaskan jangkauan perniagaan ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Hasil jualan meningkat berganda-ganda terutama sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

IKLAN

Selain Shoppe yang mempunyai ibu pejabat di Singapura di bawah Sea Group, Forrest Li juga merupakan pemilik Garena iaitu sebuah aplikasi games online, Garena Free Fire dan Seamoney.

Kejayaan Forrest Li ini menjadi contoh bagaimana perusahan teknologi yang menyediakan platform E-Dagang ini merupakan langkah baharu untuk menjadi usahawan yang berjaya.