Mengucap panjang bila baca pendedahan seorang ibu tentang aduan anak lelakinya berhubung kelakuan rakan sekolah yang disifatkan sangat mengejutkan. Bayangkan, baru berusia 8 tahun tapi sudah berani mengajak kawan-kawan melakukan aksi terlarang. Bukan ajakan biasa.. sebaliknya satu desakan untuk main ‘rogol-rogol’! Adakah mereka faham apa yang dimaksudkan atau sekadar mengikut apa yang mereka tonton di Internet? Sebagai ibu bapa, situasi ini pastinya amat menakutkan.

Memetik posting yang dimuat naik pengguna Facebook, Zeeda Aziz.. terdapat video yang merakamkan kelakuan pelajar terbabit namun atas sebab tertentu, ia tak dapat dikongsikan kepada khalayak.

IKLAN
“Dia Tarik Abang Pergi Tandas Belakang, Ajak Main ROGOL-ROGOL!”
Zeeda Aziz

“Dia Tarik Abang Pergi Tandas Belakang, Ajak Main ROGOL-ROGOL!”

“Ini adalah transkrip perbualan di antara Mama (ibu) dan Abang (anak/murid darjah 2).”

Abang: “Dia tarik abang pergi tandas belakang. Tandas perempuan kat belakang. Dia ajak abang pergi main rogol-rogol.”

Mama: “Main rogol-rogol? Rogol yang macam mana?”

Abang: “Dia tarik abang! Dia kata jom la wey. Dia kata nak pergi kencing. Tapi abang kata abang nak basuh muka je. Dia kata jom la jom la.”

Mama: “Pastu?”

Abang: “Pastu abang marah la dia. Abang kata, nak bagitau mak, abang kata macam tu.”

Mama: “Siapa lagi yang buat macam tu? Dia ada buat kat siapa lagi?”

Abang: “Dia buat kat abang je la.Tapi ada kawan abang nama A, dia ajak orang lain main rogol-rogol.

Ada budak lelaki ni dia suruh baring. Darjah dua juga. Dia rogol kawan abang. Dua-dua ni satu kelas dengan abang.”

Mama: “Esok mama jumpa cikgu awak.”

Abang: “Tak payah!!! Abang dah bagitau cikgu, cikgu diam je! Tak pukul pun dia.

Abang dah bagitau Cikgu E,… macam-macam cikgulah! Ustaz M, dah bagitau Cikgu N Sains, lepas tu bagitau Cikgu F. Cikgu F lempang dia kuat2 haritu!

IKLAN

Mama tolong pergi sekolah jumpa budak tu.”

Mama: “Esok mama pergi jumpa budak tu.”

“Dia Tarik Abang Pergi Tandas Belakang, Ajak Main ROGOL-ROGOL!”
Gambar hiasan

“Nah tuan puan. Budak darjah dua sekarang ni tidak lagi main aci ligan atau baling kasut macam kita dulu. Mereka sudah advance. Permainan mereka, rogol-rogol di tandas.

Mujurlah puan mama ni dah didik anaknya untuk mengenali apa yang salah, dan apa yang betul. Dari riak muka anak ni, dia betul-betul marah dengan ajakan kawannya.

Tahniah mama kerana berjaya mendidik abang dengan baik. Dia tahu melindungi diri dia dari gangguan seksual.

Cuba bayangkan jika si anak ni tak pernah diajar maksud rogol. Kawan ajak main, mau je mengikut tu.

IKLAN

Mereka baru darjah dua ni tuan puan. Umur 8 tahun dah mula cuba lakukan hubungan kelamin melalui apa yang mereka lihat melalui internet. Manalah mereka tahu itu salah kalau kita sendiri malu nak mengajar.

“Tambahnya lagi, “Sekiranya anda berhadapan dengan situasi begini, saya nasihatkan anda untuk membuat laporan bertulis di pejabat sekolah. Kemudian cuba berbincang dengan guru disiplin, HEM, kaunselor dan guru besar. Minta pihak sekolah terangkan cara bagaimana mereka mengendalikan kes-kes begini.

Para guru janganlah diam sahaja. Ini perkara serius. Maruah kita ada pada anak-anak ini. Bayangkanlah sekiranya mereka melampaui batas, melakukan kerja terkutuk dan ditangkap. Nama sekolah akan terpalit busuk sama.

“Dia Tarik Abang Pergi Tandas Belakang, Ajak Main ROGOL-ROGOL!”

Tugas saya media sosial ini adalah sekadar mengingatkan dari semasa ke semasa tentang bahaya pedofil dan serangan seksual terhadap kanak-kanak. Tugas kalian sebagai guru adalah untuk sentiasa bersedia mengesan kelakuan yang tidak bermoral yang berlaku di kawasan sekolah.

Tugas ibubapa pula ialah mengajar anak-anak tentang jenis jenayah yang ada di Malaysia termasuklah jenayah seksual kanak-kanak. Dengan ilmu, mereka mampu menjaga diri mereka dengan baik, walaupun kita tiada bersama mereka.

Kalau kamu rasa yang anak kamu tak akan ada masalah, mohon fikir semula. Pengaruh rakan sebaya lebih kuat tarikannya berbanding ibubapa. Ajarlah anak kamu ilmu yang penting ini sebelum mereka diajar oleh orang lain yang berniat jahat.”

Allahu, memang benar apa yang saudari ini katakan. Dalam hal ini bukan ibu bapa saja yang kena mainkan peranan penting, bahkan semua pihak juga termasuk guru dan orang sekeliling. Kalau tidak segera ditangani, bimbang ia menjadi barah dalam masyarakat dan lebih teruk dalam kalangan anak kecil. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI