“Menangis Teresak-Esak, Bantal Aku Basah.” Mimpi Arwah Abang Tersayang UYAINA Luah Rasa Rindu

Rindu kepada insan yang sudah ‘pergi’ buat selama-lamanya memang menyakitkan.

Rindu yang tiada penawar dan tidak akan terubat. Hanya doa tanda ingatan buat yang telah tiada.

Luahan Rasa

Sebak membaca luahan perasaan pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad yang sangat merindui arwah abangnya.

Kredit Foto: uyainaarshad

Allahyarham Mohd Attaful Uzair Arshad meninggal dunia tiga tahun lalu akibat serangan jantung.

Allahyarham merupakan seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, dan merupakan tulang belakang kepada keluarga sejak bapa mereka meninggal dunia.

Menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi satu foto hitam putih arwah abangnya dengan kapsyen yang cukup meruntun jiwa.

BACA JUGA: Uyaina Arshad Bakal Bersalin Anak Kedua, Wajah Comel Raja Urhan Raih Perhatian Peminat!

Turut dikongsi Uyaina dalam hantaran yang sama ialah tangkap layar perbualan di WhatsApp dengan ibunya.

Ketika membaca coretan hiba Uyaina di ruangan kapsyen, dapat dirasakan kerinduan yang teramat dalam.

Menangis Dalam Tidur

Tulis Uyaina, ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini: –

“Pernah tak menangis dalam tidur sebab mimpikan seseorang? Semalam aku menangis dalam tidur.

“Menangis hampir teresak-esak. Bantal aku basah. Namun mata masih tertutup.

“Aku tak mahu mimpi ini berakhir. Kerana aku terlalu rindu. Rindu pada seseorang yang dah tak ada. Diungguli rasa sakit yang teramat.

“Dalam mimpi itu, aku dan seluruh keluarga besarku berada di sebuah masjid. besar dan indah.

“Dan dia.. Dia yang menjadi imamnya. Baju Melayu putih yang dipakainya memancarkan nur ketenangan pada wajahnya. Aku rindu!

“Usai solat, Dia mengetuai bacaan doa. Lembut alunan suaranya. Merdu kedengaran menembus jiwa. Kemudian, seluruh ahli keluarga ku memeluknya,
Kami memeluknya erat, seolah-olah ini adalah pelukan terakhir.

“Apabila tiba di pintu utama masjid, sebaik sahaja kaki melangkah keluar. Dan pelukan dilepaskan, dia hilang. Di sinilah aku menangis.

“Aku rindu. Walaupun lewat sekelip mimpi. Namun aku bersyukur kerana engkau hadir mengubat sedikit kerinduan yang menggunung.

“Hari ini, genap 3 tahun engkau pergi. Dan aku masih merinduimu.

“Al-Fatihah (dibaca) Mohd Attaful Uzair bin Arshad.”

Perkongsian Uyaina itu mendapat respon daripada para pengikut dan peminatnya termasuklah rakan-rakan selebriti.

Rata-rata menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Uyaina yang kini sedang hamil anak ke-3.

“Makna yang sangat baik.. ALLAH mungkin nak beri ptunjuk dalam mmpi, bhwa arwah sedang baik2 sahaja.. Teruskan bersedeqah untuknya.”

“Rinduu yang tiada penghujung…saya kehilangan ayah tersayang…pernah dengar ceramah ustaz…kalau kita mimpi orang yang telah meninggal…orang tu kita sayang & rindu sangat2…maknanya kita jarang mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuknya…arwah nak kita doakan untuknya di alam sana…Wallahu Ta’ala hu a’lam…”

Semoga Uyaina sekeluarga kekal tabah.

Share
Published by
Amy Mohd