Fesyen

Mencari Hijab Tercantik Dan Menepati Identiti Anda? Ariani Luxe Mungkin Pilihan Terbaik

Wanita dan kecantikan ibarat sepasang kekasih yang saling menyempurnakan. Begitu juga sifat Muslimah. Meskipun berhijab, namun pilihan kain yang menutupi rambut itu juga seharusnya cantik menawan.

Dalam sekian banyak jenama hijab di Malaysia, ada satu nama ini paling terkesan di ingatan Nona. Ariani. Ya, biarpun bukan label baru tapi reputasi yang dijaga sejak dulu sampai sekarang masih utuh menjadi pilihan No. 1 wanita di nusantara ini.

Khabar terbaru tentang Ariani lebih mengujakan wanita. Ariani Luxe yang baru diperkenalkan adalah sub brand Ariani mempertaruhkan koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran serta berpengalaman.

Mewah

Butik Ariani Luxe dibangunkan dengan atmosfera mewah bagi keselesaan pelanggan. Berkeluasan 800 meter persegi, setiap sudut butik menampilkan paparan visual berbeza bersesuaian dengan koleksi yang pelbagai.

Susun atur sofa di sudut butik juga memberikan keselesaan buat pelanggan untuk berdiskusi mengenai koleksi tudung yang ingin dibeli di samping ruang menunggu buat wanita yang membawa pasangan dan anak-anak ke butik.

Kebanyakan koleksi ini dihasilkan daripada fabrik sutera sifon dan satin crepe bermutu tinggi. Didatangkan dalam pilihan warna pastel dan vibrant, koleksi Ariani Luxe direka buat wanita yang mahukan gaya eksklusif edisi terhad yang boleh digayakan untuk ke pelbagai acara.

Ikon Ariani Luxe menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza, manakala Bella Dally sebagai Dutanya. Pemilihan dua figura ini amat tepat dalam mendukung jenama hijab premium, Ariani Luxe dek kerana personaliti serta keperibadian mereka yang penuh sopan dan anggun.

Koleksi Ariani Luxe boleh didapati di Jakel Mall Kuala Lumpur pada harga bermula RM139. Amy Mohd

IKLAN
Share