Berita

“Menjadi Bintang Paling Benderang Dalam Dunia Menyayangi Siti,” Pembantu Peribadi Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Siti Nurhaliza!

Happy birthday, Siti Nurhaliza! Seperti mana gahnya nama Siti Nurhaliza di persada seni, seperti itu juga tingginya pekerti penyanyi nombor satu negara ini.

Terkenal dengan sikap lemah-lembut dan merendah diri, tanggal 11 Januari sudah pasti menjadi tarikh bermakna dalam kalangan peminat setia Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin.

Menginjak usia 45 tahun, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ketika ini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Istimewanya, Dato’ Sri Siti mahu menyambut hari lahir di sana di samping insan tersayang iaitu suami, anak-anak, ibu dan mentua tersayang.

Artikel https://www.nona.my/mak-wanita-hebat-solehah-jadi-idola-siti-genap-usia-71-peribadi-ibu-jadi-inspirasi-siti-nurhaliza/

Kredit Instagram @ctdk
Kredit Instagram @rozisangdewi
Kredit Instagram @rozisangdewi

Sebagai individu paling rapat dengan pelantun lagu Biarlah Rahsia ini tentunya pembantu peribadi Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Rozi Sang Dewi.

Mengurus karier seni Dato’ Sri Siti Nurhaliza lebih dua dekad, Rozi turut menitipkan ucapan hari lahir buat ‘majikan’ kesayangan.

“11 Januari 2024. Hari raya Siti Nurhaliza. Terkadang untuk menzahirkan dalam bahasa, kita cuba mencari kata-kata paling puitis, untuk melahirkan sebuah ungkapan, kita perlukan pembendaharaan kata yang termanis, namun jika segalanya mengalir dengan sendiri, pasti tak perlu dengan tulis, cukup dengan tulus.

Selamat ulang tahun kelahiran buat boss saya, Siti Nurhaliza. Semoga segala ke hadapan ini adalah nikmat paling disyukuri, kehidupan, keluarga dan kerjaya lancar, apa yang diinginkan terlaksana dan menjadi bintang paling benderang dalam dunia yang menghargai dan menyayangi Siti.

Selamat mengerjakan umrah, semoga urusan ibadah lancar dan sempurna.”

Kredit Instagram @rozisangdewi
Kredit Instagram @rozisangdewi
Kredit Instagram @rozisangdewi

Rozi juga pernah bergelar kakak ipar kepada Dato’ Sri Siti hasil perkahwinan dengan abang penyanyi tersebut, Saiful Bahri Tarudin atau Ayie. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

 

 

IKLAN
Share