Fesyen

Mergastua, Nanas & Penyu Jadi Inspirasi Barang Kemas Bertatahkan Kristal, Swarovski Lancar METAMORPHOSIS Oleh Steven Meisel

Keindahan flora dan fauna sekali lagi menjentik inspirasi buat jenama kristal Swarovski dalam kempen terbaharunya, METAMORPHOSIS bersama jurufoto fesyen Steven Meisel. Mengetengahkan motif mergastua seperti rerama, burung kakak tua, nanas dan penyu, Pengarah Kreatif Giovanna Engelbert berjaya menterjemahkan inspirasinya ke dunia nyata dengan persembahan styling mekap artis terkemuka, Pat McGrath.

Karya solekan Pat McGrath atau Dame Patricia Ann McGrath bertemakan flora dan fauna tropika menyerlahkan barangan kemas kristal yang digayakan oleh peragawati. Koleksi Swarovski dari himpunan Florere, Idyllic, Gema, Dextera

dan Millenia jelas berkilauan dalam arahan seni kali ini.

Bidikan lensa Stevel Meisel pula menjadikan kempen tersebut lebih dramatik. Meisel menyerlahkan karakter peragawati dalam rupa rerama, burung kakak tua, nanas dan penyu persis suasana taman magis di Vienna Schönbrunn Palace milik Permaisuri Maria-Theresa pada abad ke-18.

“Taman ini tercipta daripada mimpi Permaisuri Maria-Theresa. Ia merupakan ruang seni yang fantastik, dilukis dengan mural flora dan fauna dari seluruh dunia yang tidak berkongsi habitat yang sama.

Pengarah Kreatif Swarovski, Giovanna Engelbert

 

Saya juga mahu mencipta taman kristal sebegini rupa. Meskipun ia tak mungkin wujud di dunia nyata namun masih mampu memberi keriangan yang sama.” Pengarah Kreatif Swarovski, Giovanna Engelbert

 

Ayuh lihat keindahan kempen METAMORPHOSIS yang diterjemahkan dalam seni solekan dan barangan kemas ni…

 

RERAMA

Swarovski Butterfly

Watak rerama atau The Butterfly ini diambil daripada inspirasi himpunan Florere. Gandingan rona blush pink dan kuning menghiasi kelopak kristal bunga yang berkembang, secantik cincin koktel dan anting-antingnya.

 

BURUNG KAKAK TUA

Swarovski Parrot

Watak burung ini melambangkan kehidupan sosial dan jiwa yang gemarkan cabaran. Swarovski menyerlahkan himpunan Idyllia yang bertenaga dan berjiwa punk menerusi barangan kemas kristal merah dan kuning yang berani. Glamor dan yakin bereksperimentasi!

 

NANAS

Swarovski Pineapple

Tumbuh dari putik bunga yang kecil, nanas membesar menjadi buah-buahan tropika yang manis dan mengiurkan. Swarovski menterjemahkan keindahan barangan kemas kristal Idyllia

– menyerlahkan kecantikan alam yang menjerit lantang, dengan potongan geometri yang rapi rona hijau keemasan.

 

PENYU

Swarovski Turtle

Melambangkan usia yang panjang dan seni reka cangkerang penyu yang unik, Swarovski menyerlahkan keindahan barangan kemas kristal dari keluarga Millenia. Koleksi dari rona hijau berkilat dan merah jambu bukan saja elegan serta cantik dipandang, malah membuatkan sesiapa pun memuji berkali-kali.

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/lebih-glamor-sentuhan-giovanna-engelbert-serlah-identiti-baharu-swarovski/

IKLAN
Share