Moden Bertemu Klasik, The Heritage Collection Kolaborasi JOVIAN & DAIYAN TRISHA

Koleksi yang ditunggu-tunggu oleh para pencinta Jovian Ready-To-Wear, memperkenalkan ‘The Heritage Collection’ untuk ‘Balik Kampung 2021’. Koleksi ini merupakan signature collection yang menjadi kegilaan ramai sejak debut pada tahun 2016.

Kali ini, Jovian mempertaruhkan pengaruh tradisional daripada koleksi signature ‘Balik Kampung’ ke next level dengan sentuhan moden yang menggunakan motif batik tradisional Malaysia. ‘The Heritage Collection menzahirkan definisi Jovian terhadap tekstil ‘batik’ yang unik serta tinggi nilainya.

Gambar motif bunga moden, perincian halus, kombinasi rona pastel lembut dan diselitkan DNA jenama bagi menghadirkan pelbagai reka bentuk batik segar yang melambangkan keistimewaan gaya Melayu klasik.

Koleksi ini menampilkan silhouettes moden bagi kurung Kedah, kurung moden dan kebaya. Ianya direka longgar dan terletak serta dilengkapi dengan lipatan depan dan belakang, skirt duyung dengan tiered panelling, A-line skirt bagi melengkapkan bunga inspirasi batik tradisional yang menghiasi setiap rekaan dalam koleksi ini. Perincian khas dari penggunaan butang Perancis meningkatkan lagi tahap kecanggihan pada koleksi ini secara keseluruhannya.

Diambil dari pilihan Printed Heavy Crepe, semua rekaan dihasilkan dengan teliti agar dapat memberi keselesaan buat si pemakai sesuai untuk sebarang acara khususnya musim perayaan. Terdapat pelbagai pilihan warna seperti dari dusty green, dusty pink, beige cream, midnight blue, peach pink, salmon pink, mint blue, ash grey dan putih-biru.

Lebih istimewa apabila Jovian turut berkolaborasi dengan selebriti terkenal, Daiyan Trisha sebagai wajah kempen. Baginya, Daiyan Trisha adalah pilihan yang tepat bagi menggambarkan karakter ‘tradisional bertemu moden’.

Turut diperkenalkan koleksi pakaian kanak-kanak. Harga bagi koleksi ini antara RM259 hingga RM299 untuk dewasa, sementara untuk koleksi pakaian kanak-kanak antara RM210 hingga RM229. Koleksi ini bakal dilancarkan sepenuhnya pada awal Mei di semua butik utama Jovian termasuk online store yang menawarkan penghantaran ke seluruh dunia.

jovian

IKLAN
Share