
Tersentuh dengan kebaikan hati Datin Noor Kartini Mohd Noor terhadap adik-beradik. Bukan sekadar menjaga ukhwah sesama mereka dan meluangkan masa saat diperlukan. Bahkan usahawan Kucate ini juga tidak lokek berkongsi rezeki.
Terbaharu, ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor berkenaan menjadi perhatian warga maya apabila video memaparkan dirinya membuat kejutan kepada salah seorang adik-beradik kesayangan tular di media sosial.
Menerusi perkongsian itu, Datin Kartini menghadiahkan sebuah kereta dengan memandu sendiri kenderaan tersebut kepada adiknya yang mesra disapa Che Na sambil ditemani seorang lagi adik.
Perasaan bercampur-baur ketika figura berusia 59 tahun ini tiba di kediaman Cek Na dengan memberikan kunci kereta kepadanya.
Dalam reaksi terkejut dan sebak, kedua-dua adik-beradik berkenaan saling berpelukan.
Titip adik kepada Datin Noor Kartini, “Kakakku tersayang, terlalu banyak pengorbanan dan pemberianmu yang tidak pernah terbalas. Dari kecil hingga kini, kakakku yang selalu menjadi sumber kasih sayang dan rezeki buat kami adik-beradik.
Hadiah kereta ini hanyalah salah satu dari berjuta bukti betapa besarnya hatimu. Semoga Allah melapangkan lagi rezekimu, melindungimu dalam setiap langkah dan mengangkat darjatmu setinggi-tingginya.
Adik hanya mampu berdoa agar kasih sayang ini kekal sampai syurga. Bi Afiyah Tammah. I love you sister love.”
Patutlah rezeki Datin Noor Kartini sentiasa melimpah ruah sebab pemurah orangnya. Lebih-lebih lagi dengan adik-beradik.
Berkat kebaikan hati tersebut juga dia dikurniakan suami penyayang, anak-anak yang baik pekerti dan kehidupan bahagia.
Isteri kepada Datuk Abdul Halim ini menginjak usia 59 tahun pada 8 Julai lepas.
Berketurunan Pakistan-Arab, Datin Kartini mempunyai sembilan orang anak iaitu Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nelissa, Nur Athira, Mohamed Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera dan Mohamed Faliq.
Dia juga merupakan pengasas produk Kucate, Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen.
Bergaya cantik macam Datin Kartini dengan tudung senang bentuk Naelofar ini.
This website uses cookies.