Cantik semata-mata bukan lagi ukuran. Paling penting,perlu cantik dan bijak! Untuk para wanita yang nak tampil cantik tapi dengan kuasa magis, PERLU baca trik di bawah!

Krim Mata Bagus untuk Kutikel

IKLAN

Daripada menghabiskan duit untuk membeli krim kutikel, anda boleh menggunakan krim mata sebagai pelembap tambahan untuk menyembuhkan kutikel kering.

Asyik Belek Resipi Masakan, Apakata Belek Pula RAHSIA KECANTIKAN Untuk Para Wanita. Apa Salahnya Cantikkan Diri Walau Hanya DUDUK RUMAH.

Elakkan Terlalu Pipi Merah Jambu

Sentuhan pemerah pipi merah jambu menyerlahkan kejelitaan semula jadi tapi janganlah berlebihan sampai nampak seperti clown! Caranya: Mulakan garis merah berjarak dua jari daripada bahagian hidung dan HANYA sapu pada buah pipi.

Kerinting Beralun

Jangan sesekali menyikat rambut kerinting dengan sikat. Gunakan jari pun boleh supaya tak hilang keaslian kerinting.

Asyik Belek Resipi Masakan, Apakata Belek Pula RAHSIA KECANTIKAN Untuk Para Wanita. Apa Salahnya Cantikkan Diri Walau Hanya DUDUK RUMAH.

Serlahkan Tulang Pipi

Untuk membuat tulang pipi anda kelihatan lebih tinggi dan memberi struktur yang lebih, sapukan bronzer di bawah tulang pipi itu. Tambahan highlighter secara menipis di atas pembayang pipi untuk menyerlahkan lagi buah pipi anda.

Cipta Bibir Penuh

Bagi yang berbibir nipis, lukis garis bibir menggunakan penggaris bibir rona asli.  Calit gincu dalam ruang garisan yang telah dilakar tanpa berlebihan.

Asyik Belek Resipi Masakan, Apakata Belek Pula RAHSIA KECANTIKAN Untuk Para Wanita. Apa Salahnya Cantikkan Diri Walau Hanya DUDUK RUMAH.

Maskara

IKLAN

Salah satu sebab utama maskara akan berlapis ialah kerana sapuan yang tidak rata dan tidak ditutup rapat selepas digunakan. Pastikan maskara sentiasa tertutup rapat

Jerawat Kering

Percaya atau tidak, jerawat akan mula mengering apabila disapu dengan ubat gigi.

Asyik Belek Resipi Masakan, Apakata Belek Pula RAHSIA KECANTIKAN Untuk Para Wanita. Apa Salahnya Cantikkan Diri Walau Hanya DUDUK RUMAH.

Singkir Minyak

IKLAN

Cara paling cepat untuk membersihkan kulit anda daripada kesan minyak ialah menggunakan kertas bedak minyak (blotting paper).

Bersih Kuku

Jika anda kehabisan nail polish remover, anda boleh menghilang retak atau kuku sumbing dengan sapuan clear top coat pada kuku dan dibersihkan dengan putik kapas.

Sembunyi Rambut Bercabang

Untuk menyembunyikan rambut bercabang untuk seketika, sapuan hair repair cream untuk mengunci lembapan sebelum dan selepas menggunakan flat iron atau penggering rambut.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI