Fesyen

Nasib Si Badan Besar, Janganlah Pakai Baju Yang BERAT MATA MEMANDANG! Cuba Trik Ini

Wanita yang mempunyai badan yang gempal seringkali merasa kurang yakin dengan penampilan diri. Ia dipandang sebagai masalah kerana bentuk tubuh gempal menyukarkan untuk memilih baju yang sesuai dan sempurna.

Namun, terdapat cara yang mudah untuk mereka yang mempunyai badan gempal terlihat langsing. Jom Nona kongsikan tip mudah untuk memilih baju bagi anda yang berbadan gempal!

(a) MEMILIH PAKAIAN SATU WARNA

Penggunaan pakaian satu warna dapat membuatkan tubuh anda terlihat lebih panjang dan langsing. Ia dapat membuat pandangan tidak fokus pada salah satu bahagian tubuh. Anda dinasihatkan untuk memilih pakaian berona navy blue, hitam, ungu gelap dan merah gelap. Hindari dari memakai pakaian yang berkilat.

(b) PAKAIAN BERMOTIF KECIL

Untuk kelihatan langsing, pilih pakaian dengan motif yang lebih kecil. Motif kecil pada pakaian dapat mempengaruhi mata dan menciptakan siluet tubuh lebih kecil. Pakaian bermotif besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Anda juga boleh memilih pakaian bermotif dengan rona yang lebih gelap.

(c) TONJOLKAN PINGGANG

Anda digalakkan memilih pakaian yang menonjolkan bentuk pinggang seperti pakaian ala 50-an yang agak ketat di bahagian pinggang dan dada. Selain itu, elakkan dari memaki skirt yang melebihi paras lutu agar kaki terlihat lebih jinjang dan panjang.

(d) GARIS VERTIKAL

Pakaian yang mempunyai corik garis vertikal memberikan ilusi tubuh yang lebih panjang dan langsing. Garis vertikal yang tipis adalah pilihan yang baik untuk mendapatlan ilusi langsing yang cukup nyata. Elakkan dari memakai pakaian dengan motif horizontal kerana dapat memberi kesan lebar buat tubuh anda.

(e) PENGGUNAAN TALI PINGGANG

Gunakan tali pinggang yang kecil dan agak tebal untuk terlihat langsing. Pemilihan rona pada tali pinggang juga amat penting kerana mempengaruhi biasan bentuk tubuh anda. Anda boleh memilih tali pinggang dengan rona pastel dan senada dengan pakaian yang telah dipilih.

IKLAN
Share