Nenda Cantik! Macam Tak Menua, Mas Anizan Genap Usia 53 & ‘Maintain’ Awet Muda

Kalau tengok raut wajah dan penampilan anggun Datin Mas Anizan pasti ramai yang tidak menyangka usia sebenar selebriti ini. Mana tidaknya, pada usia meniti 50an dia masih kelihatan jelita dan awet muda! Apatah lagi, Datin Mas juga sudah pun berstatus nenek.

13 November lalu pemilik nama Mas Anizan Mohd Shahid ini genap menjangkau umur 53 tahun. Pesona jelita aktres ini sememangnya tidak pudar dek usia. Macam tak menua.

Artikel https://www.nona.my/datin-mas-anizan-teruja-jadi-nenek-welcome-to-the-world-my-little-angel-anak-selamat-bersalin-anak-sulung/

Awet Muda Mas Anizan!

Bersempena ulang tahun kelahiran, pelakon Andai Tiada Dia ini diraikan meriah anak-anak dan ahli keluarga tersayang. Menerusi perkongsian video di media sosial, Datin Mas bahagia dikelilingi insan kesayangan dan tampil memikat dalam persalinan denim.

Kongsinya, “Thank you for the most memorable night. Alhamdulillah, for another year older.”

Dari zaman anak dara sampai sekarang macam tak berubah wajah Datin Mas Anizan. Sememangnya pelakon popular era 90an ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik sempurna.

Mas Anizan sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Allahyarham Datuk Ali Bapoo pada tahun 1993 dan dikurniakan dua anak iaitu Mas Aliza dan Muhamad Masli Daniel.

Menerusi perkahwinan kedua, dia mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ariana Marissa yang kini berusia 11 tahun.

Mas Anizan Genap Usia 53 Tahun

9 November lepas, anak lelakinya selamat melangsungkan pertunangan. Titip ibu jelita ini, “My son’s engagement day. Alhamdulillah, everything went smoothly. Semoga dipermudahkan jalan menuju hari bahagia nanti. Aamiin Allahumma Aamiin.”

Pada 15 Februari lalu, personaliti ini menerima kehadiran cucu sulung selepas anak perempuan sulungnya iaitu Mas Aliza selamat melahirkan cahaya mata lelaki. Figura ini menggelarkan dirinya dengan gelaran Nenda.

Mas Aliza sah menjadi isteri kepada juruterbang Faruq Azran Kamal Azran pada 6 Ogos 2021 dan kini menetap di Qatar kerana mengikut suaminya bertugas di sana.

 

Share
Published by
Suzi