Hubungan baik Nora Danish bersama ibunya memang tidak boleh diselindung lagi. Nora kerap memuat naik gambar bersama ibunya yang tercinta. Kejelitaan yang dimiliki oleh Nora nyata mengikut kejelitaan ibunya.

Nora Danish Bahasakan Dirinya Sebagai ‘ATOK’ Dalam Ucapan Hari Jadi Ibu Tercinta

IKLAN

Dalam ucapan Nora untuk hari lahir ibunya, “Today, 10th June is your birthday Mama, alhamdullilah. Terima kasih Allah SWT kerana jadikan Mama sebagai ibu yang terbaik untuk ATOK.

Nora Danish Bahasakan Dirinya Sebagai ‘ATOK’ Dalam Ucapan Hari Jadi Ibu Tercinta

You are my father, my mother and my best friend! You thought me so much about life, how to be strong, to be independent, to be happy, just happy and to appreciate dengan apa yang ada serta sentiasa bersyukur.

You are my mentor, my idol and my everything. On your birthday, ATOK doakan agar mama dipanjangkan umur, sihat selalu supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna, bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki kami supaya dapat memberikan apa yang mama impikan, hajati.

Nora Danish Bahasakan Dirinya Sebagai ‘ATOK’ Dalam Ucapan Hari Jadi Ibu Tercinta

ATOK sayang amieeeeee, terima kasih di atas 37 tahun ini… I love you,” kongsi Nora di laman Instagramnya.

Dalam perkembangan lain, Nora Danish telah mengumumkan tak lagi mempunyai kaitan dengan produk kosmetik jenama OhMostWanted serta merta sejak April lalu.

Nora Danish Bahasakan Dirinya Sebagai ‘ATOK’ Dalam Ucapan Hari Jadi Ibu Tercinta

Selepas dua tahun menjalankan perniagaan berkenaan bersama tiga lagi rakan kongsi, Nora percaya keputusan ini sudah ditimbang tara sebaik mungkin.

IKLAN

“Selepas memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan atas sebab tertentu, saya percaya apa yang dilakukan ini untuk kebaikan bersama. Saya sendiri begitu mencintai perniagaan kosmetik dan mempunyai perancangan lain pada masa mendatang.

Nora Danish Bahasakan Dirinya Sebagai ‘ATOK’ Dalam Ucapan Hari Jadi Ibu Tercinta

Melihat perkembangan dan kejayaan jenama ini daripada hari pertama hingga sekarang. Saya juga percaya penarikan diri ini sudah tepat waktunya dan membiarkan rakan kongsi lain meneruskan legasi yang dimulakan,” kata Nora.

IKLAN

Tambah Nora penarikan dirinya juga bukan kerana mempunyai masalah dengan rakan kongsi lain. “Kami profesional dalam hal perniagaan. Apa yang dilakukan ini adalah atas kehendak sendiri. Saya doakan mereka terus berjaya,” katanya.

Nora Danish Bahasakan Dirinya Sebagai ‘ATOK’ Dalam Ucapan Hari Jadi Ibu Tercinta

Nora juga berharap apa yang dijelaskan ini dapat memberikan pencerahan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini mahupun salah faham.

“Selepas ini sebarang imej atau nama saya tidak boleh digunakan jenama itu
lagi untuk apa saja tujuan promosi berkuatkuasa sejak 1 Mei supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan,” tutur Nora.

Nora Danish Bahasakan Dirinya Sebagai ‘ATOK’ Dalam Ucapan Hari Jadi Ibu Tercinta

Nora kini selesa memberi tumpuan kepada dua perniagaan lain termasuk mengusahakan Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI