“Officially 50!” Macam Tak Menua, Rita Rudaini Tampil Awet Muda Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50

Beruntung Rita Rudaini dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras menawan. Meskipun sudah menginjak usia 50 tahun namun penampilan aktres jelita ini tetap mempersona. Rita bukan hanya menjadi tumpuan kerana personaliti yang dimiliki tetapi juga semangatnya sebagai ibu tunggal dalam membesarkan dua orang anak.  

Artikel https://www.nona.my/gorgeous-mom-bakal-terima-menantu-wan-khatijah-syukur-rasa-macam-bermimpi-saksi-pertunangan-anak-sulung/

Rita Rudaini Sambut Hari Lahir

11 April lalu merupakan ulang tahun kelahiran Rita Rudaini yang ke-50. Berkongsi sambutan hari lahir di media sosial, selebriti kelahiran Perlis ini memuat naik momen istimewa dia diraikan anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna. Tersentuh melihat kasih sayang ibu dan anak ini.

Kongsi bintang filem Anak Mami ini, “Balik dari game bola tadi dia buat surprise bagi bunga. So sweet adik.  

‘Adik beli macam mana?’, ‘Adik guna duit raya adik’.  

Mommy selalu doakan anak-anak mommy diberi akhlak yang tinggi. Terima kasih anak-anak mommy.” 

Tidak hanya diraikan anak-anak, Rita juga meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi peminat yang tidak putus-putus menyokong karier serta kehidupannya selama ini.

Malah, peminat setia turut mengadakan majlis sambutan hari lahir buat artis kesayangan mereka berkenaan. 

Rita Rudaini Kenang Sokongan Peminat

Ujarnya, “Sebab mereka juga Rita Rudaini masih berdiri hari ini. Bukan sekadar ‘fans’, mereka adalah doa yang tak pernah putus, bahu yang diam-diam kuatkan, dan hati yang setia walau sis

jatuh berkali-kali. Mereka adalah ‘family’.  

Dalam dunia yang mudah berubah, mereka tetap pilih untuk percaya. Terima kasih Rita Rudaini FC.” 

Pada majlis hari lahir itu, Rita yang bergaya santai dengan blazer hitam kelihatan ceria menerima perhatian dan kasih sayang para peminat.

Sebelum ini, figura popular tersebut dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau pada Jun 2025.  

Berkat kecekalan sebagai ibu tunggal, Rita Rudaini turut menerima anugerah Ibu Ikon Malaysia 2024/2025.  

Kegigihannya mendidik dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna dengan kudratnya selama belasan tahun hingga mereka cemerlang dalam akademik menarik tumpuan khalayak.

Selain hampir tiga dekad bergelar anak seni, Rita Rudaini juga merupakan usahawan dan mempunyai rangkaian minyak wangi keluarannya sendiri.  

Share
Published by
Suzi