Fesyen

Oh, Cantiknya Ibuku! Serlah Gaya Santai & Minimalis RATU HATI Anda Dengan 7 Tip Ni

Pasti ada di kalangan para ibu yang masih tercari-cari gaya paling sesuai dan menarik untuk dipakai hari ini sempena sambutan Hari Ibu, kan? Sebagai meraikan hari istimewa buat kaum wanita yang sudah bergelar ibu yang jatuh pada setiap minggu kedua bulan Mei, Nona kongsikan tip gaya minimalis berikut.

Tip nak tambah gaya untuk ibu-ibu

  • White top

Kumpulkan banyak baju kemeja atau blouse putih. Mudah nak mix and match dengan pelbagai corak tudung, seluar atau kain.

  • Jeans

Jangan malu untuk pakai jeans walaupun kita ada peha atau pinggul yang besar. Boleh cober dengan pakai baju labuh.

  • Wedges

Nak nampak ala-ala selebriti. Kasut tinggi memang kurang selesa tetapi wedges

lebih okay sebagai pelengkap gaya dan boleh tambah ketinggian.

  • Hobo bag

Gaya hobo sesuai untuk formal dan santai. Saiz pun sederhana besar, mudah nak simpan pelbagai ‘harta karun’ kita.

  • Cermin mata hitam

Tak perlu nak ikut fesyen terkini asalkan sesuai dengan bentuk muka.

  • Aksesori

Tak perlu banyak dan semestinya emas. Jika anda mempunyai struktur tubuh yang saiz besar boleh pakai statement aksesori (saiz besar).

  • Lipstick

Sekurang-kurangnya lipgloss untuk kita nampak segar.

Share tip gaya ini khas untuk bacaan ibu-ibu hebat di Malaysia. Selamat Hari Ibu!

Sumber: Wawa Idris, Personality Coach, Image Consultant

IKLAN
Share