Padanan & Kelainan Dalam Gaya Serlah Identiti Tersendiri Dalam Berfesyen

Blazers adalah trend tahun sebelumnya dan masih kekal in sehingga kini. Segalanya tentang oversized fit. Trend seterusnya iaitu plaid pants. Rasanya semua pasti mempunyai helaian seluar plaid ini kerana ia mempunyai daya tarikan tersendiri.

STAIL TEPAT UNTUK TAMPIL MODEN
Be bold! Pakaian tidak perlu over the top tetapi cara padanan itu perlu ada sedikit kelainan. Stailkan tali pinggang dua saiz lagi besar dan lilitkan dua kali dengan baju oversized

atau blazer. Lebih banyak membungkus lebih baik. Anda juga boleh buat dengan dua jenis tali pinggang. Kemaskini trend di luar bahu off-shoulder dengan lengan deconstructed. Fikirkan potongan dengan reka bentuk dramatik yang kelihatan seolah-olah lengan baju telah robek dari pakaian.

FESYEN DAN PERSONALITI
Kenali diri anda dahulu! Adakah anda seorang yang sentiasa sibuk atau anda seorang yang gemarkan sesuatu yang baru? Dari situ anda dapat menentukan jenis stail dan fesyen apa yang sesuai dgn diri anda. Jika anda jenis sentiasa on-the-go

, anda boleh padankan satu tone warna baju, contoh all white atau denim on denim, ataupun long dress.

4 TIP TAMPIL STYLISH

  1. Jangan keluar rumah tanpa aksesori! Sekurang-kurangnya satu sudah memadai. Aksesori membuatkan outfit biasa tampil glamor.
  2. Dengan hanya memakai kasut tumit tinggi boleh meningkatkan rupa anda secara literal dan fizikal. Anda akan kelihatan lebih yakin.
  1. Tambahkan satu elemen ‘mengejutkan’ dalam pakaian anda. Kesan ini juga boleh dicapai dengan gaya unik.
  2. Melabur dalam pakaian basic yang sesuai kerana ia boleh menjadi pilihan yang sangat bergaya dan sederhana!
IKLAN
Share