Fesyen

Pakaian Paling Selesa Yang Boleh Dipakai Di Rumah Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan!

Di saat semua rakyat Malaysia dilarang keluar daripada rumah dek kerana penularan wabak Covid-19, ramai yang mula bosan berada di rumah. Tambah-tambah lagi Tempoh Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Ada juga yang sampai tidak tahu nak pakai apa apabila berada di rumah sepanjang tempoh tersebut. Maklumlah, kan perlu bekerja dari rumah! Penampilan diri juga harus dijaga. Jom Nona kongsikan pakaian paling selesa yang boleh dipakai di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Bukan sahaja selesa, malah tampak trendy!

POTONGAN BESAR

Untuk kesan terbaik, pilih pakaian dengan potongan yang lebih besar. Selain memudahkan pergerakan, ia juga mampu mengalirkan pengudaraan buat tubuh anda agar berasa lebih nyaman. Elak dari memakai pakaian yang terlalu ketat hingga menyukarkan anda untuk bergerak bebas.

Sekiranya anda gemar memakai celana yang ketat, anda boleh memadankan ia dengan top yang lebih longgar. Jangan memilih top yang sama ketat dengan celana yang dipilih bimbang akan menyebabkan anda kurang selesa sepanjang hari dan membuatkan anda cepat berasa penat.

FABRIK SERAP PELUH

Elakkan memilih pakaian yang terlalu tebal untuk digayakan sepanjang tempoh PKP. Ia hanya membuatkan anda cepat berpeluh. Lagi-lagi musim yang tidak menentu. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Sebaiknya, pilih pakaian dengan fabrik yang mampu menyerap peluh seperti cotton, sifon dan crepe.

Ia memberi keselesaan saat anda melakukan rutin harian. Bagi mereka yang memakai hijab, pilihan tudung amat penting. Pilih material tudung yang lebih nipis namun jangan terlalu jarang sehingga menampakkan leher dan rambut anda.

PADANKAN OUTWEAR

Jika anda perlu megadakan meeting bersama rakan pejabat atau bos melalui panggilan video, anda boleh memilih untuk menyarungkan outwear. Ia akan memberikan gaya yang lebih proper. Jika anda memakai inner yang sedikit ketat, padankan ia dengan outwear yang sesuai. Jika ingin kelihatan sedikit formal, anda boleh memakai long fest atau blazer.

AKSESORI SEWAJARNYA

Pemilihan aksesori harus disesuaikan dengan rona dan gaya yang telah dipilih. Jika anda gemar memakai subang, padankan ia dengan gelang yang berona lembut dengan jumlah yang tidak berlebihan.

SOLEKAN NATURAL

Penggunaan mekap juga harus dititikberatkan agar penampilan anda tidak lesu ketika berada di rumah. Dengan solekan yang tepat dan betul, ia akan membantu anda untuk kelihatan segar saat malakukan tugas seharian meskipun perlu bekerja daru rumah.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan penggaris mata atau eyeliner untuk mendapatkan kesan solekan mata yang lebih hidup. Seterusnya, oleskan gincu rona nude untuk seimbangkan hasil solekan anda. Elakkan memakai bedak asas yang terlalu tebal.

IKLAN
Share