Fesyen

Perhatian Si Lengan Besar, Ini 4 Tip Mudah Untuk TUTUP Lengan Besar!

Rata-rata wanita tidak yakin untuk menggayakan baju sleeveless jika mempunyai lengan yang besar. Sebolehnya mereka ingin menutupi bahagian tersebut khuatir ia akan menjejakan penampilan mereka. Namun jangan khuatir kerana ada tip mudah untuk menutupi lengan yang besar. Jom Nona kongsikan 4 tip yang bakal membuatkan keyakinan anda bertambah dan kelihatan anggun!

BAJU LENGAN ¾
Wanita biasanya mempunyai masalah yang sama iaitu mereka lebih mengambil berat dengan keadaan lengan bahagian atas yang terlihat lebih besar daripada pergelangan tangan. Baju dengan lengan 3/4 adalah penyelamat yang mampu menutupi bahagian atas tersebut tetapi tetap menonjolkan keadaan lengan bawah yang lebih kecil.

BAJU LENGAN PANJANG FABRIK SHEER
Lengan panjang adalah pilihan fesyen yang cukup sesuai untuk menutupi lengan besar anda. Namun Malaysia dengan iklim tropika membataskan anda untuk mengenakan pakaian berlengan panjang stiap hari. Panas! Untuk tampil lebih selesa, pilih baju lengan panjang dengan fabrik sheer yang menutupi lengan tetapi tidak membuatkan anda kepanasan.

KARDIGAN DAN BLAZER
Memakai cardigan dan blazer juga menjadi pilihan terbaik untuk menutupi lengan besar Anda. Pilih cardigan dari fabrik nipis yang tidak akan membuat anda kepanasan di siang hari yang terik. Untuk tampil yang lebih profesional, kenakan fitted blazer agar tubuh anda kelihatan lebih langsing.

OFF THE SHOULDER TOP
Memakai baju lengan panjang yang sama setiap kali tentu sahaja membosankan. Anda boleh bermain dengan fesyen iaitu dengan mengenakan pakaian atas seperti off the shoulder, half the shoulder dan shoulder cut. Pakaian seperti ini akan membuatkan anda kelihatan seimbang kerana ia mengalih fokus pada bahu dan bukannya lengan anda.

 

IKLAN
Share