Fesyen

Perincian Hitam Dalam Gaun Perkahwinan Rona Putih? MARCHESA Memberikan Sentuhan Menarik Buat Pengantin

Etika perkahwinan sering menyatakan bahawa tetamu tidak sepatutnya memakai busana berona hitam, tetapi bagaimana jika anda pengantin perempuan, mahukah anda mengenakan warna hitam pada busana anda? Pada persemban fesyen perkahwinan Marchesa, banyak pakaian diserikan dengan perincian fabrik hitam. Dari tali pinggang baldu hitam, pengikat rambut, anting-anting candelier, atau juga penyudah fabrik hitam dihujung busana.

The bow details is so lovely. Menyerlah aura feminin dan mewah tanpa perlu perincian kilat kilau
Sentuhan tali pinggang rona hitam ‘menghidupkan’ gaun serba putih ini

BIarpun perincian rona hitam ini menjadi perhatian, namun busana-busana yang direka masih lagi kekal dengan siluet feminin dalam rona putih. Menurut duo pereka jenama ini Georgina dan Karen yang menjadikan taman Inggeris sebagai sumber inspirasi mereka. “Kami memikirkan pengantin perempuan Inggeris, tetapi ia masih sempurna dengan identiti Marchesa,” Georgina.

Pilihan sepatu renda rona hitam yang menarik buat bakal ratu sehari

Aura keseluruhan rekaan menebak rasa romantik, feminin, dan dengan sedikit drama. Tebaru untuk pengantin Marchesa adalah gaun melekap ditubuh dari fabrik krep berbayang licin. Keputusannya lebih halus dan lebih elegan dicampur pula dengangaun duyung kegemaran anda serta penggunaan fabrik renda, tulle, dan bunga 3-D yang kelihatan seperti sesuai untuk perkahwinan taman-Inggeris atau di dalam dewan.

IKLAN
Share