Pernah Jadi Ikon Hijabi, Kini Ekspresi Gaya Fesyen Hana Tajima Berubah Arah

Nama pereka fesyen kacukan British-Jepun, Hana Tajima, pernah menjadi sebutan kerana karya skarf dan stail hijabi yang dihasilkan memberi definisi baru kepada cara wanita muda berpakaian.

Komuniti gadis berhijab amat menyanjung tinggi Hana Tajima Simpson. Selain mereka fesyen untuk label Maysaa (United Kingdom), ikon itu juga kerap bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti UNIQLO dari Jepun.

Kebanyakan koleksinya sejak sedekad lalu, laris dan menjadi rebutan ramai.

Sayang sekali sejak Hana Tajima berpengkalan di New York, identiti pereka dan penata gaya kelahiran Britain itu dilihat perlahan-lahan berubah. Evolusi gaya hijabnya didakwa universal hingga ke satu peringkat, hampir bukan seperti hijab lagi.

Foto: Instagram @hntaj

 

Foto: Instagram @hntaj

 

Dalam hantaran terbaru beliau di Instagram, ramai peminat yang tertanya-tanya tentang perubahan baru Hana Tajima ini. Gaya hijabnya begitu berbeza dan tidak lagi sesuai dijadikan ikon Muslimah seperti dulu.

Sebagai Muslimah yang sentiasa berfikiran positif, tidak usah terlalu memikirkan perubahan Hana Tajima sebaliknya kita doakan yang baik-baik saja buat wanita jelita ini.

Barangkali beliau mahu keluar dari kepompong rekaan Islamik dan mengembangkan kerjaya fesyen lebih jauh lagi. Tidak dinafikan sentuhan Hana Tajima kini lebih bersifat dinamik dan menggalakkan pemakai berani mengekspresikan diri melalui fesyen.

Contohnya melalui koleksi beliau di UNIQLO sejak 2020 lagi. Pereka fesyen antarabangsa itu telah menekankan tema ‘memakai cerita peribadi kita sendiri’ sebagai DNA rekaan dalam musim tersebut.

Himpunan Hana Tajima for UNIQLO juga tidak lagi dikhususkan untuk pemakai berhijab, tetapi berpaksikan gaya hidup dan terjemahan personaliti moden.

 

 

 

Meskipun tumpuan rekaan kali ini lebih universal, Hana Tajima masih menerapkan elemen versatiliti dalam himpunan musim Spring/Summer 2021.

Hana Tajima menyerlahkan kepelbagaian budaya dunia dalam gaya elegan, selesa dan memberi tumpuan pada perinciannya. Ia sesuai untuk semua wanita tanpa mengira usia.

“What we wear can allow us to fully inhabit a particular side of who we are. Our days are becoming more condensed with different parts of our lives existing in the same place.”

– Hana Tajima

Penggunaan fabrik linen rayon mendominasi sentuhan Hana Tajima. Terdapat rekaan longgar dan mengikut siluet tubuh badan, motif garisan, geometri dan bertekstur juga diolah sebegitu indah dalam himpunan terbaharu itu.

Himpunan Hana Tajima For UNIQLO Spring/Summer 2021 ini terdapat dalam pilihan outerwear, seluar, skirt, dress, blaus, hijab dan headband eksklusif bermula 9 April ini.

IKLAN
Share