Berbual dengan figura yang begitu arif dalam strategi pemasaran dan strategi penjenamaan terutama perniagaan di atas talian ini bagai tak terasa masa berlalu. Setiap butir bicaranya penuh semangat dan sarat dengan motivasi serta tak pernah jemu membantu usahawan untuk meraih kejayaan.

IKLAN

Wajahnya juga terpampang di papan iklan beberapa lebuh raya tersibuk negara kita. Malah sebagai pengasas SifufBads Sdn. Bhd., Sifu Jamal juga telah banyak membantu melahirkan ramai usahawan bergelar jutawan. Namun, Sifu Jamal tetap merendah diri dan mudah didekati.

Foto: Koleksi Peribadi Sifu Jamal
Foto: Instagram @sifujamall

Rupanya kejayaan lelaki yang memiliki nama sebenar Jamaluddin Bahari ini tidak semudah yang disangka. Pengalaman jatuh bangun dalam dunia perniagaan telah memberinya inspirasi untuk berada dalam kelasnya yang tersendiri seperti hari ini.

“Sebelum wujudnya SifufBads Sdn. Bhd. saya terlibat dalam banyak jenis perniagaan. Perniagaan secara offline seperti berniaga di pasar malam dan ekspo. Pengalaman berniaga di pasar malam sangat berharga. Saya jual cakera padat cetak rompak sambil nyanyi lagu Hindustan untuk memancing pelanggan sesuatu yang manis untuk dikenang,” tutur Sifu Jamal di NONA On Air baru-baru ini.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Instagram @sifujamall

Tambahnya lagi, “Kemudian saya bekerja sebagai jurutera. Ketika bekerja sebagai jurutera ini saya mula terlibat dengan perniagaan online. Jadi agen dan stockist semua dah saya lalui.

Lima tahun saya terlibat dengan macam-macam jenis perniagaan secara online seperti menjual produk digital, perkhidmatan, AlQuran dan jual jam bermula tahun 2007,” tutur Sifu Jamal yang turut berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan menerusi buku-buku tulisannya mengenai pemasaran Internet dan Facebook.

IKLAN
Foto: Instagram @sifujamall
Foto: Instagram @sifujamall

Rezeki memang tak pernah salah alamat. Bermula dengan sikap suka berkongsi, rezeki Sifu Jamal kini melimpah-ruah sebagai trainer. “Saya jadi trainer secara kebetulan saja ketika dijemput oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Saya suka sharing dekat blog dan forum jadi orang akan jemput saya bagi talk kongsi pengalaman. Dari situlah mulanya saya menjadi trainer.

IKLAN

Mula-mula saya jadi part time trainer saja sebab ada bisnes lain. Kemudian saya wujudkan SifufBads Sdn. Bhd. pada tahun 2013. Masa tu bisnes saya yang lain masih beroperasi seperti menjual AlQuran, barang keperluan bayi, jam, jual produk gajet, pakaian dan fitness sampai tahun 2016.

Foto: Instagram @sifujamall
Foto: Koleksi Peribadi Sifu Jamal

Tahun 2016 saya memutuskan untuk fokus dengan SifufBads Sdn. Bhd. sebab ada beberapa perniagaan saya rugi seperti perniagaan restoran saya. Buka restoran kemudian rugi RM200 ribu, training centre saya juga gagal. Saya terpaksa lepaskan semua perniagaan lain kecuali dua iaitu penerbitan buku dan agensi papan iklan atau billboard,” terang Sifu Jamal.

Tertarik dengan kata-kata Sifu Jamal tentang pegangannya tentang dunia perniagaan yang begitu mencabar ini. “Paling penting kalau kita nak buat bisnes kena ada keberkatan,” ucapnya ringkas sambil menyenaraikan kumpulan pengguna atau pelanggan kepada empat iaitu mereka yang kehilangan kerja atau dipotong gaji, stabil tapi takut, ‘kayangan’ dan hidup untuk hari ini (umur 20an).