Pernah Struggle Buat Marketing, Pengasas WANZAR ‘Bergurukan’ YouTube Sebelum Bisnes Kencang!

Menatap setiap koleksi baharu Wanzar di layar skrin umpama satu kepuasan. Jenama ready-to-wear yang mempertaruhkan gabungan nama perekanya, Nor Izwan Mohd Yunus dan Abu Zarin Abdullah itu jelas mencetuskan revolusi tersendiri dengan himpunan menawan menggunakan platform pemasaran digital yang kreatif.

Bagaimanakah permulaan pembabitan Wanzar dalam dunia fesyen?

Sebenarnya nama Wanzar sendiri bermula dengan gabungan nama dua pengasas iaitu Nor Izwan dan Abu Zarin (Wan+Zar). Kami berdua mempunyai minat yang sama dalam bidang fesyen dan segalanya bermula ketika kedua-duanya masih bekerja.

Zarin sebagai jurutera di Subang Jaya, manakala Wan sebagai Pengurus Perhubungan di sebuah bank di ibu kota. Pada peringkat awal, kami pernah gunakan nama Wanzar&Co untuk dikomersialkan. Namun mungkin sebutannya agak panjang, pelanggan kami masa tu hanya sebut WANZAR sahaja, dan ia kekal sampai sekarang.

 

Apakah signature rekaan Wanzar?

Kami cuba bawakan rekaan yang simple namun masih tampak mewah pada setiap perincian dan material. Paling penting mampu dimiliki oleh para pelanggan.

Ilham untuk koleksi terbaru Wanzar?

Koleksi terbaru yang dilancarkan adalah ‘The Brides 4.0’ dimana 4.0 memberi maksud tahun keempat kami menghasilkannya. Ilham yang tercetus adalah 100% berdasarkan pengalaman kami sepanjang empat tahun bersama pelanggan setia kami.

Untuk tahun ini, kami tampilkan 12 koleksi yang minimal dan mampu bertahan sepanjang zaman. Istimewanya juga, buat julung kalinya kami turut mengeluarkan design untuk pengantin lelaki.

 

Cabaran yang dihadapi dalam memastikan label terus bertahan mengharungi pandemik COVID-19?

Tidak dinafikan pandemik COVID-19 banyak memberi kesan terhadap semua industri termasuk fesyen. Untuk bertahan sepanjang tempoh ini, kami memberi tumpuan sepenuhnya kepada platform online disamping mengadakan promosi secara berkala.

Kelainan atau normal fesyen baharu selepas redanya wabak COVID-19?

Paling jelas adalah topeng muka dan aksesori lain yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis bahan dan corak.

Fesyen yang dulunya trending tapi kini hambar atau tidak relevan dipakai?

Agak sukar untuk bercakap mengenai fesyen yang tidak relevan dipakai pada masa kini kerana fesyen itu sendiri adalah seni dan sangat subjektif. Ia bergantung pada cita rasa masing-masing.

 

Panduan bagi pelanggan yang datang shopping di butik?

Seperti mana saranan kerajaan, setiap pelanggan diwajibkan memakai topeng muka sebelum masuk di semua outlet dan suhu badan juga diperiksa sebelum memasuki butik. Kami juga mengehadkan hanya 7 orang pelanggan pada satu-satu masa. Selain itu, kami menggalakkan penggunaan e-wallet untuk transaksi pembayaran.

IKLAN
Share