Fesyen

Petra Pertaruhkan Rekaan Evergreen Sepanjang Zaman Dengan Suntikan Moden & Chic Untuk Lebaran 2019!

Terkenal dengan mempertaruhkan rekaan unik setiap tahun, Petra kali ini menjanjikan sesuatu yang cukup berbeza pada koleksi lebaran bersama Zalora 2019. Tahun ini, Koleksi Petra menyaksikan permainan cetakan dan penggunaan fabrik menarik. Penggunaan rona-rona mewah seperti gangsa, perak, teal, merah hati dan banyak lagi menjadi taruhan.

Tampil ringkas dengan penggunaan perincian yang cukup minimalis, petra memilih potongan yang sesuai atau siluet wajib dipakai di hari lebaran seperti peplum dan kurung. Potongan klasik ini diolah kreatif menghasilkan busana moden yang amat relevan digayakan pada masa kini.

Cetusan fesyen terkini juga dapat dilihat dengan olahan lengan yang memberikan gaya lebih trendy. Koleksi jenama Petra pada tahun ini juga banyak dilihat dengan rekaan yang mempunyai motif berunsurkan flora.

Jom lihat koleksi menenarik Petra untuk lebaran 2019!

IKLAN
Share