Fesyen

Pilih KACAMATA Tepat Dan Sesuai Mengikut Bentuk Muka Boleh Hasilkan Penampilan Tampak Wow!

Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai bentuk muka, ada yang bentuk muka bulat, muka segi empat, muka bujur sirih dan bentuk muka seperti hati. Pemilihan bingkai cermin mata yang betul dan padan dengan bentuk muka harus diambil kira jika nak kelihatan cantik dan bergaya.Jom Nona kongsikan cermin mata jenis apa yang bersesuaian dengan bentuk muka anda.

BENTUK MUKA SEGI EMPAT

Bagi mereka yang mempunyai bentuk muga segi empat atau persegi, pemilihan kaca mata perlu ditikberatkan agar bentuk muka anda tampak seimbang. Untuk kesan terbaik, bingkai kaca mata berbentuk bulat lebih sepadan buat anda.

BENTUK MUKA BULAT

Bagi yang memiliki bentuk muka bulat, bingkai kaca mata bersegi sesuai untuk untuk anda. Elakkan dari memakai bingkai yang berbentuk bulat kerana ia akan membuatkan muka kelihatan bulat seperti belon.

BENTUK MUKA BUJUR SIRIH

Anda boleh menggayakan hampir semua bingkai cermin mata yang ada. Nak nampak lebih menarik, cari bingkai cermin mata yang sama lebar dan dengan wajah anda. Tetapi elakkan dari memakai bingkai yang terlalu besari dari muka anda.

BENTUK MUKA SEPERTI HATI

Jika anda rasa anda mempunyai bentuk muka seperti hati, cuba gayakan cermin mata yang lebih simple dan tidak serabut kerana bahagian dahi anda sudah cukup luas. Cermin mata tanpa bingkai atau berbentuk ‘cat eye’ adalah paling sesuai untuk anda.

IKLAN
Share