Fesyen

Pilih Warna Sesuai Ikut Rona Kulit Anda, Serlahkan Penampilan. Ini tipnya!

Manusia dilahirkan dengan pebagai rona kulit. Ada yang mempunyai rona gelap, sawo matang dan dan juga cerah. Rata-rata wanita di atas muka bumi ini ingin memliki rona kulit yang cerah dan berseri kerana dianggap sebagai simbol kecantikan sebenar. Namun itu mungkin persepsi orang dahulu kala. Kini, masyarakat lebih berfikiran terbuka dalam membincangkan perihal rona kulit. Malah, memiliki rona kulit yang gelap dianggap unik dan cukup diminati.

Tidak kira apa jenis kulit yang anda miliki, anda boleh nampak lebih menyerlah sekiranya anda tahu menggayakan sesebuah busana mengikut kesesuaian warna kulit. Bunyinya macam remeh, namun jika anda tidak menghiraukan tip ini, anda berpotensi menjadi bahan ejekan rakan-rakan dek kerana fesyen yang tidak sesuai dengan warna kulit. Jadi, mari ikuti panduan ini.

KULIT CERAH

Bagi yang berkulit cerah, terdapat pilihan warna yang lebih banyak. Anda bebas mengenakan warna pakaian dalam kelompok pastel seperti coklat muda, biru muda atau merah jambu ataupun warna-warna terang dan garang seperti merah, hijau, biru dan lain-lain.

KUNING LANGSAT

Untuk anda yang mempunyai warna kulit seperti kuning langsat eloklah anda mengenakan warna-warna tropika seperti kelompok warna wanita berkulit cerah. Perbezaan warna kulit anda tidak begitu ketara dengan wanita berkulit cerah. Jadi apa yang mereka pakai, anda juga boleh pakai.

 

SAWO MATANG

Wanita berkulit sawo matang jangan ragu-ragu untuk memilih warna sedikit gelap seperti hijau dan maroon agar anda terlihat lebih menarik. Pemilihan Warna-warna gelap tidak begitu menonjolkan penampilan anda.

KULIT GELAP

Untuk wantia berkulit gelap atau lebih dikenali eksotik, anda sesuai menggunakan busana warna tanah yang lembut. Namun jika anda bijak menata gaya diri anda, anda juga boleh menggayakan warna-warna berani.

Elakkan menggunakan warna busana yang terlalu kontra dengan warna kulit. Misalkan berkulit hitam sementara busana yang dikenakan warna merah berahi. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah. Selamat mencuba!

IKLAN
Share